Saturday, June 30, 2012

Jamuan Makan Malam

Sempena Mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 30 yang akan diadakan pada 30/06/2012 satu majlis jamuan makan malam telah diadakan pada hari Jumaat 29/06/2012 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Rukun Tetangga, Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.


Cabutan Bertuah

Jamuan ini sebagai meraikan perwakilan & pemerhati serta ahli keluarga yang datang dari seluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sdr. Pissal Abu salah seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) menjadi tuan rumah. Sebanyak 11 jenis makanan disediakan iaitu Kambing Pangang, Satay, Nasi Tomato, Laksa, Roti Jala, Yong Taufu, Rojak, Keropok, Ice Cream, Teh Tarik dan Buah-buahan.

En. Azih bin Muda Pengerusi KOSPETA
En.Yahya Raof Pengerusi RT

Sekalung TAHNIAH harus diberikan kepada En. Yahya Pengerusi KRT Taman Utama serta Jawatankuasanya yang membantu dan memberi kerjasama sepenuh sehingga perjalanan majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan.

Bahagian rojak
En. Kalai sedang panggang Kambing
Warga Kerja Koperasi KOSPETA
Jamuan Makan Malam

Selepas selesai jamuan makam malam diteruskan dengan program cabutan bertuah, sebanyak 125 yang hadiah disediakan  serta tembakan bunga api sebagai penutup majlis.

Sebahagian dari orang ramai
Sedang menjamu selera
Gambar Jamuan Makan Malam
Cabutan Bertuah
Bunga Api

No comments:

Post a Comment