Alor Setar telah dipilih oleh Lembaga Koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kali ke 30, semua ALK. Warga Kerja, Perwakilan dan Pemerhati ditempatkan diHotel Holiday Villa yang terletak di Jalan Kolam Air berhadapan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.
Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Koperasi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agungnya kali ke 30 pada hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Besar Tingkat 7 Menara MBAS Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar, Kedah.
Hotel Holiday Villa
Kain sepandok hadapan Pejabat MBAS
YBhg En. Mohd. Fisol bin Mat. Noh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar telah merasmikan mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh seramai 128 orang perwakilan seluroh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung Malaysia dan Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah.
En. Mohd. Fisol bin Mat Noh sedang berucap
En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
En. Pissal bin Abu Pengacara Majlis
Gambar Majlis Perasmian
Mesyuarat yang berjalan lebih kurang 2 jam dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad berjalan dengan lancar, setiap ajenda yang dibentang dibincang dengan begitu tertib oleh peserta semasa diadakan pembentangan.
Menyanyi Lagu Negara Ku
Ustaz Mohd. Noris bin Desa Membaca Doa
Bacaan Doa
Kebanyakan perwakilan yang hadir dimesyuarat ini adalah orang-orang lama sejak dari penubuhan lagi membuat mereka lebih matang dalam membahas setiap ajenda dalam sessi perbahasan. . Mesyuarat ini juga akan menilai apajua aktiviti yang dijalankan oleh ALK dalam tempoh setahun.
Barisan Ahli Lembaga Koperasi
Mesyuarat diPengerusikan oleh En. Azih Muda
Sebahagian dari Perwakilan
Gambar Persidangan
Diakhir mesyuarat Saudara Pengerusi memberi pesanan kepada semua perwakilan supaya berhati-hati di jalan raya semoga kembali dalam keadaan selesa dan selamat sampai ke pangkuan keluarga yang disayangi.
Barisan Ahli Lembaga Koperasi
En. Pissal bin Abu Pengerusi 3P Bergambar
Bersama Warga Kerja Koperasi KOSPETA
No comments:
Post a Comment