Tuesday, July 31, 2012

Kempen Keanggotaan & Promosi

J/Kuasa Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan (3P) dan Pembangunan Wanita bersama dengan KVK mengadakan Program Kempen Keanggotaan dan Promosi Barangan Electrik serta jualan Handfhone kepada angggota-anggota di Majlis Perbandaran Selayang di Lobyy Pejabat Majlis Perbandaran Selayang bersama-sama dengan Ngo-ngo lain pada 31-07-2012. 

Majlis Perbandaran Selayang
En. Pissal bersama Pengawal M.P Selayang
di Lobby tempat Pameran/Promosi Barangan

Program buat pertama kali ini diadakan sebaik sahaja selesai diadakan Persidangan Perwakilan Koperasi KOSPETA kali ke 30 di Alor Setar pada 30 Jun 2012 baru-baru ini ianya akan berlanjutan sepanjang dalam bulan Ramadan kebeberapa tempat terpilih diantaranya selain Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan berakhir di Majlis Bandaraya Alor Setar.


En. Pissal menerang sesuatu pada En. Ruslan
Setiausaha Kawasan
En. Ruslan menerima Cederamata dari en. Pissal

Anggota-anggota Koperasi KOSPETA Kawasan Majlis Perbandaran Selayang ramai yang turut mengunjung pameran ini dan ramai yang membuat tempahan dan pembelian langsung khususnya barangan Handfhone dan TV besar untuk kegunaan Hari Raya Puasa.

Salah seorang anggota sedang memilih barang
En. Pissal Abu menyerah barang yang dibeli
oleh salah seorang anggota Koperasi

No comments:

Post a Comment