Friday, December 21, 2012

Seminar Transformasi Koperasi Kredit Kebangsaan 2012


Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah mengadakan Seminar Transformasi Koperasi Kredit Kebangsaan 2012 selama 2 hari 1 malam pada 20-21/12/2012 bertempat di Hotel Grand Season, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Hotel Grand Sesson

Seminar Tranformasi Koperasi Kredit Kebangsaan 2012 bertujuan menghimpunkan semua Koperasi Kredit di Malaysia untuk mendapat kesepakatan berhubung kelansungan perniagaan koperasi kredit serta membincangkan penyelesaian berkaitan cabaran dan isu-isu semasa.

Pembentang Kertas Kerja Pertama

Setiap Koperasi diarah menghantar seramai 2 orang wakil, Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menghantar 2 orang wakil iaitu En. Azih bin Muda, Pengerusi dan En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha bagi menyertai seminar ini.

En. Pissal Abu wakil Koperasi KOSPETA
Sebahagian dari Peserta

Sepanjang 2 hari 1 malam sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan hari pertama disebelah petang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membentang tajuk Garis Panduan Berkaitan Koperasi Kredit, selepas minum petang diteruskan dengan tajuk Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI. Keberhutangan Isi Rumah oleh Agensi Kaunseling Dan Pengerusan Kredit (AKPK).


YB. Dato' Ismail Sabri bin Yaakob

Majlis perasmian dilakukan oleh YB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada jam 4.45 petang.

Pemimpin ANGKASA dan SKM
Pelancaran SPeKAR
Pelancaran Kiosk SPGA

selepas makan malam jam 8.30 malam 1 lagi pembentangan kertas kerja tajuk Keberhutangan Isi Rumah oleh Agensi Kaunseling Dan Pengerusan Kredit (AKPK), Seminar berakhir pada jam 10.50 malam.

Makan Malam
Pengerusi dan Penolong Setiausaha Koperasi

Hari seterusnya pada 21/12/2012 selepas makan pagi diteruskan dengan pembentangan kerta kerja ke 4 bertajuk Kelangsungan Koperasi Kredit - Peluang Dan Cabaran oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).


Soalan dan Pandangan
Penceramah Kertas Kerja Ke 4

No comments:

Post a Comment