Friday, February 22, 2013

Mesyuarat Lembaga Kali Ke 8

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan mesyuarat Lembaga kali ke 8 hari ini Jumaat 22/02/2013 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Zainal Abidin Mohammad, tingkat 2, Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Bandar Bharu Selayang, Batu Cave, Kuala Lumpur.

En. Azih bin Muda dan En.Ramli bin Kalil

Mesyuarat pada kali ini banyak membincang khusus mengenai Persiapan Mesyuarat Agong Kawasan-kawasan dan Persidangan Perwakilan kali ke 31 pada 23/06/2013 bertempat Hotel Pelanggi, Muar, Johor Darulltakzim.

Wakil Syarikat Affinfund sedang memberi taklimat

Sebelum mesyuarat bermula syarikat Kewangan dari Affinfund mengadakan taklimat mengenai kemudahan keistimewaan melabur kedalam syarikat Affinfund. Selepas taklimat diteruskan dengan Mesyuarat Lembaga yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda.

Sebahagian dari ALK

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari untuk solat jumaat, selepas solat jumaat semua Lembaga ke tingkat 3 untuk makan tengahari bersama-sama dengan wargakerja. Mesyuarat disambung semula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 3.45 petang.

En. Pissal bin Abu sedang mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa yang hadir

Kemudian disambung pula dengan Mesyuarat Pendidikan, Penerbitan dan Penyelidikan (3P) yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu, mesyuarat ini membincang khusus mengenai sambutan 30 tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Barisan ALK

No comments:

Post a Comment