Monday, February 4, 2013

Perjalanan Ke Muar

Malam Isnin 04/02/2013 saya bertolak ke Muar dengan menaiki Penerbangan Malaysia Air Line (MAS) jam 9.25 malam dari Alor Setar ke KLIA dan sampai di KLIA jam 11.30 malam. Tempahan yang dibuat hanya seminggu yang lalu MAS telah menawarkan dengan kadar tambang murah RM 41.00 + 9.00 service berjumlah hanya RM 50.00.


Penerbangan MAS

Sampainya saya di KLIA disambut oleh kawan saya En. Roga yang awal-awal lagi menunggu saya di ruang ketibaan di KLIA. Kami terus bertolak dari KLIA ke Muar melalui Lebuhraya dan sampai di Muar jam 2.15 pagi 05/02/2013 lebih kurang 2 jam perjalanan.

Perjalanan Ke Muar

Kami terus berpusing-pusing didalam bandar untuk mencari Hotel Pelanggi yang ditempah lebih awal oleh pihak Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad melalui En. Ramli bin Kalil Bendahari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Sebaik sahaja kami sampai bilik sudah tersedia buat kami.

Hotel Pelanggi
Bilik Hotel

Keesokan pagi saya bersama En. Roga sebelum kami pergi ke Pejabat Majlis Perbandaran Muar, kami singgah bersarapan pagi di R&H Cafe, Kedai ini memang terkenal ramai orang berkunjung disitu, jualannya pelbagai jenis termasok Satay yang dinamakan Satay Maharani

R&H Cafe

Diantara juadah yang paling saya gemari kalau datang ke Johor tak kena Lontong tak sah la, harganya amat berpatutan tak hairanlah jika ramai orang yang berkunjung dikedai tersebut, keadaan sekeliling kedai sama didalam dan diluar dihias begitu cantik sekali.

Pejabat Majlis Perbandaran Muar

Selesai makan kami terus ke Pejabat Majlis Perbandaran Muar untuk membuat Promosi Kempen Menjadi Ahli dan Jualan Barang-barang Electrik antara Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama dengan Syarikat KVK Multimedia.

Meja Promosi
Melayani Pelangan
Penyerahan Barang

No comments:

Post a Comment