Thursday, July 11, 2013

Hari Ke 2 Vientiane

Hari ke 2 10/07/2013 jam 9.00 pagi (WM) 8.00 pagi (WL) saya keluar dari hotel berjalan-jalan di sebelah utara Bandar Vientiane, lalu lintas agak sesak ramai penduduk disana mula pergi kepejabat, dalam perjalanan saya ternampak San Juang Market lalu saya pun masuk didalam kawasan market tersebut, ramai peniaga terdiri daripada wanita berniaga disitu Pasar ini seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan.

Sayur-sayuran
Pakaian Traditional
Jualan Kasut

Dalam ramai-ramai yang datang membeli belah saya hanya terjumpa 2 orang wanita islam yang bertudung yang lain-lain itu tak tahulah. Di Pasar ini menjual pelbagai barang basah termasok barangan dapur dan juga perhiasan rumah, pakaian dan emas serta permata.

Wanita Islam sedang membeli barang
Jualan Emas dan Permata

Selepas di pasar saya berjalan lagi sehingga saya berjumpa Pejabat Kerajaan dan Pejabat President dan saya juga berjumpa dataran iaitu VICTORY MONUMENT terletak di PATUXAY PARK berdiri tegak ditengah-tengah jalan yang dipangil Jalan AVENUE LANE XANG disini ramai para pelancong mengambil gambar dan bersiar-siar.

Pejabat President
Victory Monument
Patuxay Park
Hadapan World Peace Gong
World Peace Gong

Saya terus berjalan ke hadapan dengan berpandukan peta ditangan saya, sampai disimpang 3 ke kiri terus ke Hotel-hotel, Jalan tengah Kedutaan Thailand dan Indonesia ke kanan Kedutaan Malaysia dan Vietnam, saya mengambil keputusan berjalan ke kanan untuk melihat Pejabat dan Rumah Kedutaan Malaysia.

Di Luar Pagar
Pejabat Keedutaan Besar Malaysia

Sampai saya di hadapan Rumah Kedutaan Besar Malaysia ada seorang jaga berbangsa Laos tak tau bercakap English jadi seperti ayam dengan itik bercakap, saya buat bahasa isyarat pun dia tak tau, apabila saya bejalan masuk dia kata medai-medai bahasa siam ertinya tak boleh. Cuma saaya dapat melihat dari pintu pagar sahaja.

Di Luar Pagar
Pejabat Kedutaan Vietnam

Disebelahnya Kedutaan India dan dihadapan diseberang jalan Kedutaan Vietnam Pejabat dan Rumahnya cukup besar berbanding dengan Pejabat dan Rumah Kedutaan Malaysia dan India. Di Jalan ini juga banyak Pejabat Kementerian-kementerian.

Di Luar Pagar
Kementerian Kewangan
di Luar Pagar
Kementerian Desaffaires Etrangeres

Kemudian saya terus berjalan di Jalan AVENUE LANE XANG terjumpa Pasar yang dinamakan MORNING MARKET, lantas saya terus masuk ke pasar tersebut, didalam pasar tersebut hanya banyak menjual pakaian dan peralatan rumah sahaja disini saya terjumpa 3 orang wanita islam bertudung sedang membeli belah.

Di Pintu Luar
Bangunan Morning Market
Pakaian
Pelbagai Jenis Kasut

Di sebelahnya Morning Market terletak sebuah pasaraya besar, saya masuk kedalam ditingkat bawah  menjual beg-beg tangan dan beg baju, ditingkat 1 menjual pelbagai jenis Pakaian dan di tingkat 3 Barang-barang kemas seperti emas dan batu permata dengan diawasi polis beruniform disetiap sudut dilantai tersebut.

Shoping Terbesar
Tingkat Bawah Beg
Tingkat 1 Pakaian
Kedai Jualan Emas dan Permata

Kemudian saya terus berjalan nampak dari jauh Istana President, lalu saya teruskan perjalanan saya sehingga ke Istana President berdekatan situ juga ada Pejabat Kementerian Pelajaran dan Talikom. Kemudian saya terus ke Masjid Jamia untuk solat jamak zohor dan isya.

Istana President Pintu Hadapan

bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment