Selepas sekembalinya saya dari Medan pada 7/7/2013 berehat sahari di Kuala Lumpur pada 9/7/2013 jam 6.30 checkin dan jam 7.30 pagi saya menaiki AirAsia dari LCCT Kuala Lumpur terus ke Vientiane, Laos penerbangan selama 2 jam 45 minit dan sampai di Pattay International Airport jam 11.00 pagi.
Pattay International Airport
Parking Pesawat
Sebelum pemergian saya ke Laos saya banyak melayari internet mencari segala kemudahan selama 3 hari disana terutama hotel, kedai makanan islam serta matawang dan lain-lain lagi. Selepas selesai urusan saya cop pasport saya terus ke Lobby dan menuju ke kaunter teksi, disini juga saya diberi peta Vientiane untuk kemudahan perjalanan.
Currency disini mengunakan mata wang USD dan beberapa negara lain termasok mata wang Bath Thailand, Wang Malaysia tidak diterima disini. Kaunter teksi telah mengenakan caj perjalanan dari airport ke hotel keselurohan dalam bandar hanya 5 dollar. Hotel-hotel disini cukup banyak ada yang mahal ada yang murah tak perlu bimbang kalau datang kesini.
Sampai di hotel Loh yang ditempah terlebih dahulu melalui internet sebelum bertolak ke Vientiane disambut oleh penyambut tetamu, Pihak hotel mengenakan caj 40 dollar (RM 132.00) untuk 2 malam termasok sarapan pagi. Biliknya amat-amat cantik sesuai untuk kita sebagai pelancong kerna dihadapan hotel banyak peniaga-peniaga ditepi jalan menjual pelbagai jenis buah-buahan.
Hari pertama saya berjalan-jalan sekeliling bandar samping itu mencari kedai makanan islam namum tidak jumpa tiada kedai khusus makanan islam, akhirnya saya berjumpa sebuah Masjid Jamek yang terletak sedikit kedalam dari jalan raya terus saya memasuki solat sunat dan jamak zohor dan azar.
Selepas selesai solat saya berjalan berjumpa Istana Presiden wauuu besarnya cantik tapi tak sama cantiknya Putrajaya. Istana ini terletak tidak jauh dengan sungai mekong dan dataranya, disilah ramai pelancong yang dibawa oleh pemandu pelancong melihat keindahan sungai mekong serta satu patung pejuang semasa peperangan.
Kemudian saya berjalan-jalan menuju ke Lao National Muzium yuran masuk dikenakan sebanyak Lak 10,000 (RM 3.00) Pegawai muzium melarang pelancong mengambil gambar namun begitu saya sempat juga merakamkan beberapa keping gambar, kebanyakan bahan-bahan yang dipamerkan gambar pejuang-pejuang kemerdekaan semasa peperangan dahulu dan termasok senjata-senjata lama yang dipamerkan.
Saya kembali ke hotel berehat dan mandi selepas maghrib saya sekali lagi ke masjid yang terletak lebih kurang 1 km dari hotel untuk solat Isya dan Terawih, Ramai juga yang datang kesitu keterunan India Muslim dan Bangladesh.
Selesai kesemuanya saya menuju ke dataran sungai mekong untuk melihat Night Market (Pasar Malam) di sepanjang dataran lebih kurang 3 km, ramai pengunjung termasok pelancong serta orang tempatan berniaga disitu, aktiviti disitu selain dari pasar malam juga ada beberapa kumpulan mengadakan senaman muzik.
Sebelum kembali ke hotel saya beli isi durian makan malam ganti nasi, manakala untuk makan sahur saya beli buah rambutan dan manggis.
Lobby Airport
Teksi
Recieption
Bilik Hotel
Dalam Bilik Hotel
Dihadapan Bilik Hotel
Kedai buah-buahan
Masjid Jamia
Solat Sunat dan Jamak
Solat Isya dan Terawih
Istana Presiden
Pintu hadapan Istana Presiden
Dari Dataran Pintu Belakang Istana
Kemudian saya berjalan-jalan menuju ke Lao National Muzium yuran masuk dikenakan sebanyak Lak 10,000 (RM 3.00) Pegawai muzium melarang pelancong mengambil gambar namun begitu saya sempat juga merakamkan beberapa keping gambar, kebanyakan bahan-bahan yang dipamerkan gambar pejuang-pejuang kemerdekaan semasa peperangan dahulu dan termasok senjata-senjata lama yang dipamerkan.
Bangunan Muzium
Sebahagian dari Senjata Lama
Gambar Mantan Perdana Menteri
Dataran Mekong
Sungai Mekong Terkambus
Selesai kesemuanya saya menuju ke dataran sungai mekong untuk melihat Night Market (Pasar Malam) di sepanjang dataran lebih kurang 3 km, ramai pengunjung termasok pelancong serta orang tempatan berniaga disitu, aktiviti disitu selain dari pasar malam juga ada beberapa kumpulan mengadakan senaman muzik.
Night Market (Pasar Maalam)
Barangan Beg
Pelbagai Jenis Pakaian
Sebelum kembali ke hotel saya beli isi durian makan malam ganti nasi, manakala untuk makan sahur saya beli buah rambutan dan manggis.
Pancutan Berwarna Warni
No comments:
Post a Comment