Thursday, October 31, 2013

Majlis Graduasi Kanak-Kanak

Kemas DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas 2013 pada 31/10/2013 hari Khamis jam 2.30 petang bertempat di Bangunan Ukir Mall Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar, Kedah.


Sebahagian dari orang ramai

Sebanyak 15 Tabika Kemas dalam DUN Kubang Rotan seramai 200 orang kanak-kanak terlibat didalam program yang disambut setiap tahun. YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah telah sudi merasmikanya.


Lagu Negara Ku

Ketibaan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan bin Kamaruddin disambut oleh En. Harisfazilah bin Hussain Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kuala Kedah serta Penyelia dari lain-lain kawasan didalam Parlimen Kuala Kedah.

Ucapan YBhg. Dato' Haji Abdullah Hasnan b Kamaruddin
Penyampaian Sijil

Selepas ucapan perasmian diteruskan dengan acara Penyampaian Sijil Kanak-kanak Cemerlang dan Tunas Harapan kepada Kanak-kanak Tabika yang telah dicalonkan oleh Guru-guru Tabika masing-masing.


Penyampaian Sijil

Persembahan yang menarik iaitu Hafasan Surah Yassin oleh kanak-kanak Tabika serta diiringi lain-lain persembahan Becerita, Tarian, Teater dan Koir memikat Ibu Bapa yang hadir.

Hafasan Surah Yaasin
Peersembahan Koir
Tetamu VIP
Bergambar Beramai-ramai
Pengerusi Tabika Toangkang Yard

Wednesday, October 30, 2013

Lawatan Ke Sangkar Ikan

Jabatan Perikanan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sangkar Ternakan Ikan Air Tawar serta Kursus Sehari di Tapak Ikan Air Tawar, Kopeerasi KOSPETA Malaysia Berhad pada jam 8.30 pagi bertempat di Tebing Klasik, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Pengarah Perikanan Memberi Ucapan
En.Abd. Rahman Pengerusi IKS memberi Penereangan

Pengarah Perikanan Negeri Perak mengetuai seeramai 40 orang Pegawai-pegawai Perikanan Seluroh Semenanjung Malaysia menghadziri program ini. Program dimulakan dengan Ucapan pengenalan oleh Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama dengan Penolong Setiausaha En. Pissal bin Abu serta En. Abd. Rahman pengerusi IKS dan Ternakan Ikan Air Tawar termasok Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Peserta Kursus

Sebaik sahaja selesai majlis pengenalan para peserta mula gerak kerja dengan beramai-ramai turun ke Sangkar Ikan untuk melihat lebih dekat lagi cara-cara pekerja sangkar memberi makanan kepada ikan-ikan ternakan.

Peserta turun ke sangkar
Peserta memberi makan ikan

En. Abd. Rahman Pengerusi IKS dan Ternakan Ikan memberi penerangan kepada peserta lawatan mengenai sukatan makanan ikan setiap hari sebanyak 28 sangkar serta menunjuk cara mengunakan gun air untuk mencuci sangkar ikan.

Peg. Perikanan sedang memberi ceramah
Peserta sedang menguji tekanan air
Kajian Kualiti Air

Setelah semua peserta selesai membuat lawatan ke sangkar mereka sekali lagi kembali ke Dewan Terbuka untuk meneruskan Kursus menilai Kualiti Air Sungai oleh Penceramah dari Jabatan Perikanan Negeri Perak. Selesai kajian dibuat peserta diminta membuat persembahan mengikut 3 kumpulan yang ditubuhkan sebelum ini hasil yang temui.

Pegawai Koperasi KOSPETA turut serta
Cedereamata Majalah Koperasi kepada Peserta
Video Lawatan Ke Sangkar

Program ini berakhir pada jam 12.50 tengahari.

Saturday, October 26, 2013

Pemenang Karaoke Ke Medan

Kuala Tunjang Cafe & Karaoke bersama APK Hijrah Enterprize dengan kerjasama sepenoh dari Wan Seri Dewi Pengusaha Sabun Beras Organik telah berjaya mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Karaoke Terbuka pada 25/10/2013 jam 9.00 malam bertempat di Kuala Tunjang Tepi Laut, Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah.

Kuala Tunjang Cafe
DJ Halim Tuan Punya Cafe

Seramai 40 orang peserta lelaki dan wanita dimerata tempat termasok dari Negeri Jiran Perlis turut mengambil bahagian didalam pertandingan ini. Pertandingan ini diadili oleh 4 orang pengadil, 2 orang khusus untuk lagu 1 orang persembahan terbaik dan seorang lagi pakaian terbaik lelaki dan wanita.

Pendaftaran Peserta
Sebahagian dari Orang Ramai

Hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh pihak penganjur merupakan Barang-barang Electrik, tempat Pertama hingga ke Sepuloh, tempat Pertama menerima Oven, ke dua Periok Masak Electrik, ke tiga Periok Nasi Rice Cocoker berserta setiap seorang Tiket Penerbangan airasia dari Penang ke Medan pergi dan balik serta 2 malam Pengnipan.

Puan Wan Seri Dewi bersama Hadiah Pertandingan
En. Pissal Abu sedang berucap

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Puan Wan Seri Dewi Penguasaha Sabun Beras Organik kepada peserta tempat pertama hingga ke lima, manakala En. Zilu Pegawai dari RTM Kedah turut menyampaikan hadiah kepada peserta dari tempat ke enam hingga kesepuloh. Sementara itu semua peserta yang menyertai pertandingan mendapat hadiah masing-masing setiap orang.

Pemenang Pertama
Pemenang Ke Dua
Pemenang Ke Tiga
Pemenang Ke Empat
Pemenang Ke Lima

Pihak tuan punya cafe dan karaoke serta penganjur memohon maaf jika keadaan pada malam itu tidak memberi keselesaan kepada pengunjung menyebabkan keadaan terlalu sesak, diatas kesabaran itu kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta termasok orang ramai yang hadir.

Pemenang dari Tempat Pertama hingga Ke Lima
Peserta Pertandingan

Sunday, October 20, 2013

Panduan Ke Danok

Kebelakangan ini saya sering menerima pangilan dari kawan-kawan serta orang ramai di merata tempat bertanyakan bagaimana perjalanan hendak ke Danok dan Hatyai dari Alor Setar.

Shahab Perdana

Disini saya turunkan beberapa tip harap ianya dapat memberi petunjuk dan panduan kepada tuan puan, kepada yang membaca blog saya ini harap dapat menjadikan panduan ini untuk  memudahkan perjalan tuan puan ke destinasi yang hendak di tuju dengan lebih selamat.

Bas Tempatan

Tuan/Puan yang datang ke Alor Setar dengan menaiki Bas Express dari mana-mana arah sekiranya sampai di Alor Setar Bas express tersebut akan berhenti di Station Bas Shahab Perdana. Sekiranya tuan/puan sampai diwaktu pagi distesyen ini juga disediakan surau dan tandas awam atau nak lebih selesa disekeliling Stesyen Bas ini ada Horel murah untuk mandi manda dan solat subuh.

Bas Tempatan

Jam 7.00 pagi Bas-bas tempatan mula beroperasi termasok Bas yang hendak menuju ke Bukit Kayu Hitam jarak jauhnya dari Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam sejauh 45 KM. Bas ini dalam perjalanannya melalui jalan lama akan singgah di Changlun jaraknya lebih kurang 35 KM dari Alor Setar.

Stesyen Bas Changlun

Disini banyak teksi-teksi menunggu orang ramai yang hendak menuju perjalanan mereka ke Bukit Kayu Hitam dengan cepat dan teksi-teksi ini juga boleh menghantar tuan/puan terus masuk ke sempadan Thailand dalam Pekan Danok.

Dari Bebas Cukai

Sekiranya tuan/puan merasa lapar usah bimbang disini banyak kedai-kedai makan islam dan mudah untuk nak menjamu selera. Di Thailand khususnya di Danok iaitu disempadan pintu masok banyak jenis makanan Islam samada gerai tepi jalan atau kedai makan menyediakan makanan halal.

Sempadan Thailand
Pekan Danok
Salah 1 Restoran Makanan Islam
Masakan Malaysia dan Thailand
Pelbagai Jenis Ulam

Untuk meneruskan perjalanan ke Hatyai tuan/puan perlu berjalan kehadapan lebih kurang 100 meter dari pintu sempadan, disitu ada disediakan Van yang lengkap berhawa dingin boleh dimuatkan seramai 12 orang dalam 1 perjalanan yang memakan masa selama 1 jam atau 45 minit sejauh 45 KM dari pintu sempada ke Hatyai.

Van Ke Hatyai bersebelahan Money Changer

Harganya berpatutan dengan kedar RM 6.00 seorang, Van ini akan berhenti di stesyen khas didalam Pekan Hatyai yang terletak tidak jauh dengan Gedung membeli belah terbesar bersekali dengan Pasar Ikan, inilah tempat tumpuan orang ramai. Hotel President hanya lebih kurang 100 meter dari tempat tersebut sekiranya tuan/puan nak bermalam hanya RM 70.00 sahaja.

Hatyai Central Market
Presiden Hotel

Suka saya menasihatkan tuan/puan sebelum berangkat ke Hatyai terlebih dahulu tukarkan wang Malaysia di Money Changer kat Danok harganya dapat tinggi juga jika hendak dibandingkan pertukaran di Hatyai. Jika boleh elak mengunakan wang malaysia kerana tuan/puan akan kerugian.

Hatyai Central Market

Saya berharap dengan tip yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan membantu tuan/puan yang berhasrat hendak ke Thailand khususnya Hatyai dan Danok. Selamat Melancong.

Wednesday, October 16, 2013

Korban Aidil Adha 2013

Sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada 15/10/2013 hari Selasa boleh dikatakan semua tempat semua kampong semua masjid dan surau termasok Taman-taman serta Jabatan-jabatan Kerajaan tidak ketinggalan mengambil peluang membuat Korban sama ada seekor atau lebih dari seekor.

Lembu Korban
Mewakilkan kepada tukang sembelih

Bagi Penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 juga tidak ketingalan mengadakan Korban dengan seekor lembu untuk 7 orang, kesemua 7 orang yang membuat Korban mereka tidak mengambil daging mengikut tumpok masing-masing malah mereka sedekah kembali untuk dimasakan dan dibuat kenduri ditempat tersebut.

Korek lubang
Sembelih lembu
Penyembelihan

Sebaik sahaja selesai Sembahyang Hari Raya semua berkumpul di Dewan orang ramai untuk melihat aktiviti penyembelihan, Sebelum berlakunya penyembelihan peserta seramai 7 orang masing-masing telah membuat akad di hadapan tukang sembelih.

Mulai lapah lembu
Lembu sedang di lapah
Melapah Lembu

Selesai penyembelihan lembu tersebut dilapah kemudian dipotong-potong kecil  untuk masak Gulai Daging. Sup Tulang dan Rebus Perut dengan Air Asam. Bagi wanita-wanita mereka juga turun awal bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging-daging tersebut.


Proses penyediaan 7 tumpok
Siap 7 tumpok
Agihan tumpok

Tepat jam 12.30 tengahari nampak orang ramai khususnya penghuni rumah pangsa mula datang beramai-ramai ke dewan tersebut untuk memakan kenduri, Menu hari itu Nasi Putih, Gulai Daging, Sup Tulang, Cicah Perut dan minuman.

Menyediakan bahan masakan
Proses mencuci perut
Sup Tulang
Masak Gulai

Alhamdulilah diperingkat awal rasa-rasanya terlalu banyak masakan tersebut seperti tak habis, tapi bila waktunya tiba dengan pengumuman menjemput orang ramai masuk ke dewan mengambil makanan masing-masing akhirnya jam 2.30 petang yang datang lewat rezeki mereka tak ada dah habis langsung.


Orang ramai mula mengambil makanan
Sebahagian dari orang ramai
Beratur mengambil makanan
YBhg. Dato' Abdullah Hasnan

Yang bagusnya boleh dipuji semua yang terlibat dari sejak pagi penyembelihan hingalah ke masak dan makan mereka tak pulang, masing-masing bertungkus lumus membersih, membasuh periok, pinggan dan menyimpan kembali semua barang-barang tersebut. Huhhhhh Legaaaa rasaaaanya.

Membasuh dan membersih
Dewan
Gambar Hari Korban