Jabatan Perikanan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sangkar Ternakan Ikan Air Tawar serta Kursus Sehari di Tapak Ikan Air Tawar, Kopeerasi KOSPETA Malaysia Berhad pada jam 8.30 pagi bertempat di Tebing Klasik, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.
Pengarah Perikanan Memberi Ucapan
En.Abd. Rahman Pengerusi IKS memberi Penereangan
Pengarah Perikanan Negeri Perak mengetuai seeramai 40 orang Pegawai-pegawai Perikanan Seluroh Semenanjung Malaysia menghadziri program ini. Program dimulakan dengan Ucapan pengenalan oleh Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj. Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama dengan Penolong Setiausaha En. Pissal bin Abu serta En. Abd. Rahman pengerusi IKS dan Ternakan Ikan Air Tawar termasok Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
Peserta Kursus
Sebaik sahaja selesai majlis pengenalan para peserta mula gerak kerja dengan beramai-ramai turun ke Sangkar Ikan untuk melihat lebih dekat lagi cara-cara pekerja sangkar memberi makanan kepada ikan-ikan ternakan.
Peserta turun ke sangkar
Peserta memberi makan ikan
En. Abd. Rahman Pengerusi IKS dan Ternakan Ikan memberi penerangan kepada peserta lawatan mengenai sukatan makanan ikan setiap hari sebanyak 28 sangkar serta menunjuk cara mengunakan gun air untuk mencuci sangkar ikan.
Peg. Perikanan sedang memberi ceramah
Peserta sedang menguji tekanan air
Kajian Kualiti Air
Setelah semua peserta selesai membuat lawatan ke sangkar mereka sekali lagi kembali ke Dewan Terbuka untuk meneruskan Kursus menilai Kualiti Air Sungai oleh Penceramah dari Jabatan Perikanan Negeri Perak. Selesai kajian dibuat peserta diminta membuat persembahan mengikut 3 kumpulan yang ditubuhkan sebelum ini hasil yang temui.
Pegawai Koperasi KOSPETA turut serta
Cedereamata Majalah Koperasi kepada Peserta
Video Lawatan Ke Sangkar
Program ini berakhir pada jam 12.50 tengahari.
No comments:
Post a Comment