Wednesday, October 16, 2013

Korban Aidil Adha 2013

Sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada 15/10/2013 hari Selasa boleh dikatakan semua tempat semua kampong semua masjid dan surau termasok Taman-taman serta Jabatan-jabatan Kerajaan tidak ketinggalan mengambil peluang membuat Korban sama ada seekor atau lebih dari seekor.

Lembu Korban
Mewakilkan kepada tukang sembelih

Bagi Penghuni-penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 juga tidak ketingalan mengadakan Korban dengan seekor lembu untuk 7 orang, kesemua 7 orang yang membuat Korban mereka tidak mengambil daging mengikut tumpok masing-masing malah mereka sedekah kembali untuk dimasakan dan dibuat kenduri ditempat tersebut.

Korek lubang
Sembelih lembu
Penyembelihan

Sebaik sahaja selesai Sembahyang Hari Raya semua berkumpul di Dewan orang ramai untuk melihat aktiviti penyembelihan, Sebelum berlakunya penyembelihan peserta seramai 7 orang masing-masing telah membuat akad di hadapan tukang sembelih.

Mulai lapah lembu
Lembu sedang di lapah
Melapah Lembu

Selesai penyembelihan lembu tersebut dilapah kemudian dipotong-potong kecil  untuk masak Gulai Daging. Sup Tulang dan Rebus Perut dengan Air Asam. Bagi wanita-wanita mereka juga turun awal bertungkus lumus menyediakan bahan-bahan untuk memasak daging-daging tersebut.


Proses penyediaan 7 tumpok
Siap 7 tumpok
Agihan tumpok

Tepat jam 12.30 tengahari nampak orang ramai khususnya penghuni rumah pangsa mula datang beramai-ramai ke dewan tersebut untuk memakan kenduri, Menu hari itu Nasi Putih, Gulai Daging, Sup Tulang, Cicah Perut dan minuman.

Menyediakan bahan masakan
Proses mencuci perut
Sup Tulang
Masak Gulai

Alhamdulilah diperingkat awal rasa-rasanya terlalu banyak masakan tersebut seperti tak habis, tapi bila waktunya tiba dengan pengumuman menjemput orang ramai masuk ke dewan mengambil makanan masing-masing akhirnya jam 2.30 petang yang datang lewat rezeki mereka tak ada dah habis langsung.


Orang ramai mula mengambil makanan
Sebahagian dari orang ramai
Beratur mengambil makanan
YBhg. Dato' Abdullah Hasnan

Yang bagusnya boleh dipuji semua yang terlibat dari sejak pagi penyembelihan hingalah ke masak dan makan mereka tak pulang, masing-masing bertungkus lumus membersih, membasuh periok, pinggan dan menyimpan kembali semua barang-barang tersebut. Huhhhhh Legaaaa rasaaaanya.

Membasuh dan membersih
Dewan
Gambar Hari Korban

No comments:

Post a Comment