Tanggal 28/07/2014 selepas berakhirnya Ramadzon jelmalah sudah Aidilfitri maka pada malam itu Takbir mula berkemundang dimerata-rata Masjid dan Surau-surau ramai kanak-kanak mula bermain bnga api dan mercun. disana sini kedengaran mercun berbunyi tandanya esok Hari Raya.
Kini rumah ku yang sebelum ini nampak mandum saja dah mula berseri dan meriah dengan kepulangan anak-anak dan cucu-cucu, maka pada malam itu riuh rendah di rumah dengan lampu raya berwarna warni menyerikan lagi suasana di malam Hari Raya Tahun ini.
Keesokanya sesudah subuh anak-anak bersiap dan mereka mula menyediakan hidangan kueh mueh yang anak-anak bawa serba sedikit di anjung rumah bersama dengan Nasi Tomato berlaukkan ayam masak merah.
Selepas kembali dari masjid kawan-kawan yang balik dari masjid melalui rumah saya, saya jemput mereka makan dalam masa yang sama nampaklah berkumpulan kanak-kanak berhari raya dari sebuah rumah ke sebua rumah, hahhh seronoknya mereka. Sampai di rumah saya ajak mereka makan katanya kami dah kenyang kami nak beraya bererti nak duit raya la tu.
Pagi tu tak sempat pergi menziarah Ibu dan Bapa serta aruah isteri dikubur kerana masjid kariah kami sembahyang awal jam 8.30 pagi. Ramainya tetamu yang datang sehingga ke petang, selepas itu kami pun letih kelehaei n masing-masing tertidur kerana keletihan.
No comments:
Post a Comment