Sunday, July 6, 2014

Bagi Makan Kucing

Setiap hari rutin memberi makanan kepada Kucing buangan di sebuah kedai kopi berdekatan dengan Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersebelahan Pasaraya Billion, Lebuhraya Lencong Barat, Alor Setar.




Memberi kucing makan setiap hari sudah menjadi tangung jawab dan hobby saya walaupun mula-mulanya berasa suka-suka sahaja, akhirnya terus menjadi rutin harian dan tangung jawab. Kesian kepada kucing-kucing buangan ini mereka dibuang oleh orang ramai.




Bagi kucing-kucing mereka tidak minta dilahirkan, mereka juga hidup seperti manusia, bagi sesetengah orang yang sayangkan kucing sangup membela kucing dirumah-rumah.



Settiap pagi 6 kilo ikan untuk seramai 45 ekor, hati kita rasa puas dan begitu tenang semasa kita memberi serta menemani kucing-kucing itu makan, Kucing-kucing mudah mengenali tuanya sebaik sahaja kereta kita sampai kat kawasan itu tak sempat kita nak turun kucing-kucing itu terus menerkam kepada kita.


Video Kucing Makan

No comments:

Post a Comment