Ini adalah kali ke 4 saya seorang diri pergi ke Ho Chi Minh, Vietnam selama 3 hari 2 malam dengan kadar tambang murah AirAsia dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh pergi dan balik hanya RM 224.00 sahaja.
KLIA 2 Perlepasan Antrabangsa
Kali ini saya pergi tak nampak ramai rombongan orang-orang Malaysia khususnya suri-suri rumah tanga ke sini, namun ada juga la lebih kurang kalau di hitung ada lah dalam 100 orang begitu sahaja, sebab sekarang bukan musim cuti sekolah.
Ho Chi Minh Airport
Tempat Chop Pasport
Tempat mengambil beg
Kaunter Teksi harga USD 10
Airport Teksi
Pasar Bin Thay yang selalu nampak sibuk kali ini saya pergi nampak tenang sikit tidak sesibuk dengan Pelancong-pelancong dari Malaysia namun begitu pasar ini memang sentiasa dengan orang ramai serta pelancong-pelancong dari barat.
Bandaraya Ho Chi Minh
Bangunan di Ho Chi Minh
Kali ini saya boking Hotel Boss 3 melalui agoda,com internet dengan kadar harga yang berpatutan bilik standard sesuailah untuk seorang diri.RM 75.00 sebilik kali 2 malam RM 150.00 untuk 3 hari 2 malam.
Bilik Hotel
Bilik Standard
Bilik Air
Sebenarnya kalau bukan musim cuti sekolah tak perlu kita boking bilik terus sahaja ke mana-mana hotel yang menjadi pilihan kita dengan kadar murah setelah di beri diskaun. Itu pun pada pelancong atau orang-orang yang dah biasa yang tahu ke arah tuju.
Suasana di waktu malam
Pemergian saya kali ini adalah untuk menunaikan janji saya kepada warga kerja dan Jawatankuasa UMNO serta JKKK Cawangan untuk membeli kain shutt sebanyak 45 pasang. Setelah selesai di beli tuan kedai telah bermurah hati menghantar saya balik ke hotel dengan percuma.
Restoran 1 Malaysia
Makan Nasi Goreng
Restoran BBQ Halal
Makan Malam
Burung dengan Ayam
Sejumlah kain yang di beli sebaik sahaja sampai balik di hotel saya melengung sekejap lihat pada beg yg saya bawa alahai jawabnya tak cukup nak di isi, maka mau tidak mau keluar kebawah terus pergi beli beg plastik, nama laaa beg plastik tapi harganya RM 8.00 satu.
BIN THAY Market
Pelbagai jenis corak kain
Pilih kain
Kira wang
Bayaran
Sudah siap semua di isi kedalam beg tiba2 termenong pulak, ala hai beli berat beg hanya 20 kg, daripada 2 beg jadi 3 beg, rasa-rasanya lebih dari 20 kg. bila terfikir balik hand carry 7 kg jadi 27 kg, rasa dihati gedebab gedebuk sebab tak ada penimbang.
Untuk kawan2 yang nak pergi kalau kita tak beli berat beg pun tak apa, mereka hanya ambil berat semasa kita comfirm tiket sahaja, ketika itu mereka tanya kita ada beg atau tidak, saya tengok banyak cina-cina bawa beg besar besar tak masuk dalam bagage pun.kalau nak dikira besar beg dan berat beg, beg mereka lebih besar dan berat dari beg saya.
Setelah di timbang 2 beg saya berat 26 kg tidak termasok beg hand carry saya dah berat 12 kg campur plak 6 kg jadi 18 kg, saya carry beg tersebut, alhamdulilah sampai ke tempat menunggu flight untuk nak masuk ke flight mereka tidak memeriksa mana-mana beg pun, haaaa dah boleh tarik nafas lega.
Di waktu senja
Makan malam
Pelbagai jenis beg
Pelbagai jenis kasut
Kain yang di beli
Terfikir pulak 3 beg nanti sampai kat kastam adakah nak kena cukai, sebaik sahaja selesai cop pasport terus ketempat menunggu beg dan setelah beg diambil terus keluar menuju ke tempat pemeriksaan kastam, kalau tengok orang-orang lain beg besar besar dah la tu sampai 4 hingg ke lima beg besar.
Ho Chi Minh Airport
Vietnam Cafe
Minum Cafe
Sebaik sahaja sampai di kastam semua orang kena scan beg, ala hai tengok beg kita jadi kecil balik berbandinga dengan beg-beg dia orang. Alhamdulilah tidak ada seorang pegawai kastam pun ditempat check beg dan kaunter pembayaran.
Free Duty
Free Duty
Ruang menunggu
Malaysia Airport