Jawatankuasa Projek Ternakan Ikan dalam Sangkar telah mengadakan Mesyuarat yang pertama pada 11/09/2014 jam 9.00 malam bertempat di Restoran Tebing Klesik, Shaley Kota Bota Kiri, Kuala Kangsar, Perak.
Mesyuarat Jawatankuasa
Mesyuarat pada malam tersebut dihadiri oleh semua Jawatankuasa yang di lantik dan turut hadir sama En. Pissal bin Abu Setiausaha Kehurmat merangkap ex-officio serta Pengurus dan seorang wargakerja.
Sangkar Ikan Air Tawar
Perkara-perkara yang dibincangkan mengenai hasil penjualan Ikan-ikan Talapia, Pengajian Pekerja serta termasok Penambahbaikan kuhsusnya memperbaiki sangkar-sangkar ikan yang telah rosak.
Ikan Talapia Besar
Setiasuaha Kehormat sedang beri Ikan makan
Ikan-ikan baru akan dimasukan pada penghujung bulan November 2014 bagi Projek Fasa ke 4, Bagi projek sekarang Fasa 3 Ikan-ikan masih banyak dan besar-besar bila-bila masa sahaja boleh di jual.
Pengerusi Ternakan dan Jawatankuasa
Ikan Talapia Merah
Disebelah petang sebelum mesyuarat diadakan Pengerusi dan Jawatankuasa Projek Ternakan Ikan Talapia serta beberapa Jawatankuasa telah turun ke Sangkar ikan bagi melihat sendiri pekerja memberi makanan kepada Ikan-ikan sebanyak 40 sangkar.
En. Pissal bin Abu
Ikan Dalam Sangkar
Dimalam hari selesai sahaja mesyuarat pihak restoran telah memasak Ikan-ikan Talapia dalam bentuk Ikan bakar, Steam, Goreng dan masak asam wawww sedap, tidak langsung terasa bau tanah pada Ikan-ikan yang dimasak.
5 Jenis Masakan
Menikmati hidangan Ikan Talapia
No comments:
Post a Comment