Wednesday, September 10, 2014

Berehat di Medan

Sudah 2 bulan tidak ke Medan rasa rindu pula Medan, kali ini saya pergi berehat selama 3 hari di Medan mulai 8-10/09/2014 3 hari 2 malam menginap di hotel Garadu, berhadapan dengan rumah Makan Famili.

Penang Airport
Berlepas

Seperti biasa sampainya saya disana terus saya menaiki keretapi laju dengan harga Rp 60.000 (RM 16.00) dari Kuala Namu airport ke Kota Medan yang memakan masa selama 30 minit sahaja berbanding dengan teksi selama 1 jam 30 minit malahan kalau menaiki Bas makan masa hampir 2 jam nak sampai ke Kota Medan.

Kuala Namu airport



Bangunan dalam airport

Kali ini saya tidak menukar wang malaysia kerana saya masih mempunyai baki Rupiah sebanyak 3 juta. Bagi saya perbelanjaan seorang diri tidaklah begitu banyak 3 hari 2 malam disana baru belanja 1 juta 400 ribu rupiah (RM 320.00) ter masok makan minum dan hotel.

Keretapi Laju

Kalau tuan/puan pergi kesana dengan kena caranya belanjanya tidaklah semahal mana. Ya makan pun murah tapi kalau tak kena gaya jadi mahal balik. so tambang teksi motor murah kalau kita bisa menawarnya.

Garudah Hotel


Lobby Hotel
Mee Basah dan Sate
Makan Malam

Di Medan tempat shoping yang menarik bagi orang orang malaysia di Pasar Ikan dan Medan Mall, disini pelbagai barang pakaian dan sebagainya dijual. Bagi pengemar pengemar set bilik tidor khususnya kain2 kain cadar, kain telekong, kain batik dan pelekat dari pelbagai jenama dan jenis ada dijual di Pasar Ikan.

Medan Mall di sebelah kiri

Tengok Baju Jubah
Kain dan Baju
Pelbagai Jenis kain Tirai

Penerbagan pergi dan pulang saya menaiki pesawat airasia, dalam perjalanan balik dari Kuala Namu, Medan ke Penang pada mulanya dimaklumkan oleh ketua prmugari memaklumkan perjalanan selama 45 minit, apabila sampai mendarat di airport Penang ketua pramugari memaklumkan penerbangan sampai awal 25 minit lebih awal dari waktu di jadualkan.


Masjid Raya Medan
Naik Keretapi Laju
Kuala Namu Airport
Minum Petang di airport
Penang Airport

No comments:

Post a Comment