Friday, November 7, 2014

Penyerahan Zakat dan Ashura

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan kerjasama JKKK Rumah Pangsa Tongkang Yard 2 telah menyerpurnakan Penyerahan Zakat dab Bubur Ashura kepada Penguhuni-penghuni jam 3.00 petang 7/11/2014 hari Jumaat bertempat di Dewan Rumah Pangsa Tongkang Yard 2, Jalan Bunga Raya, Alor Setar, Kedah.





Disebelah pagi ramai kaum-kaum bapa dan ibu turun di Tabika Kemas untuk tujuan bergotong royong memasak bubur ashura dan ramai diantara mereka membawa seorang sepingan kueh untuk menjamu selera pada pagi tersebut.




Sebanyak 2 periok besar bubur ashura dimasak untuk di agih-agihkan kepada semua Penghuni-penghuni islam di rumah pangsa tersebut serta jiran-jiran yang berdekatan di situ termasok penerima-penerima zakat yang diagihkan kepada 3 asnaf di kawasan tersebut.




Tepat jam 3.00 petang Ketibaan En. Mohammad bin Saad salah seorang Ahli Lembaga Koperasi Kospeta Malaysia Berhad dan ketibaan YBhg. Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.



Program dimulakan dengan Bacaan doa dan dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Setiausaha JKKK dan UMNO Rumah Pangsa Tongkang Yard 2.





En. Muhammad bin Saad berucap bagi mewakili Datuk Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Presiden Cuepacs yang tidak dapat hadir di saat-saat yang terakhir.




Seterusnya YBhg Dato' Hj. Abdullah Hasnan bin Hj. Kamaruddin berucap serta merasmikan program Penyerahan Zakat dan Bubur Ashura.  Beliau telah sudi menyerahkan kepada 3 asnaf yang dipilih terdiri daripada kategori  4 Orang Fisabililah 21 Orang Miskin dan 21 Orang Fakir Miskin.



No comments:

Post a Comment