Friday, October 31, 2014

Medan 3 hari 2 malam

Selepas pulang dari Ho Chi Minh dan Labuan saya pergi berehat di Medan selama 3 hari 2 malam pada 29-31/10/2014 dengan menaiki Pesawat Airasia dari Penang ke Medan hanya penerbangan 45 minit sahaja.

Penang Airport


Seperti biasa sampai di Medan saya terus mengambil Keretapi Laju yang sedia menunggu untuk penumpang, Keretapi ini berfungsi setiap sejam satu sebab ianya hanya ada satu landasan sahaja dari Lapangan Terbang ke Kota Medan.

Ibunda Hotel
Bilik Hotel Rp 270.00 (RM 65.00)

Saya checkin di Ibunda Hotel disini mudah dengan ada rumah makan di bawah hotel tersebut, Pelancong-pelancong dari Malaysia kebanyakan semuanya bila sampai di Kota Medan mereka di bawa oleh ejen mereka makan disitu.

Rumah Makan Famili di Hotel tersebut
Hidangan Nasi Padang

Kali ini saya membawa sambal tomeh ikan bilis untuk di makan selama saya ada di sana, Makanan di Medan kebanyakan nasi padang sehingga rasa muak nak makan, tapi bagi orang yang pertama kali datang di medan amat suka sekali hidangan ini.

Istana Maimun
Melawat Istana Maimun bersama Anak2 Yatim
Pakaian Panglima, Medan

Saya banyak berehat di bilik dengan menonton TV dengan macam-macam cerita berunsurkan agama dan juga hiburan. Bila petang saya keluar berjalan-jalan ke Pasar Ikan dan Medan Mall beli sedikit barang-barang yang di pesan oleh kawan-kawan.

Tempat Shoping
Pelbagai Jenis Pakaian
Pelbagai Jenis Kain Telekong

Pada hari ketiga tepat jam 11.00 pagi (WI) 12.00 Tengahari (WM) Pak Antro pemandu teksi sudah sampai di Lobby hotel dan membawa saya ke Airport Kuala Namu, Medan, Flight saya jam 2.45 (WM) dan saya sempat bersembahyang Jumaat di lantai 2 airport tersebut.

Solat Jumaat
Makan Malam Nasi Ayam Penyet

Macam mana pun flight di jangka bertolak jam 2.45 petang dilanjutkan kepada 3.20 petang kerana tiba lewat dari Penang. Saya sampai di Penang jam 4.00 petang.

Menaiki Flight
Penang Airport

No comments:

Post a Comment