Sunday, September 20, 2015

Berehat Di Medan

Selepas menyertai beberapa program di Kuala Lumpur saya pergi ke Medan selama 3 hari 2 malam pada 18-20/09/2015 dengan menaiki kapal terbang airaisa dari Penang ke Medan.

Penang Airport

Seperti biasa sebaik sahaja saya sampai di Kuala Namu Airport Medan siap sedia menunggu saya di hadapan pintu keluar Bapa Supir. Perjalanan dengan Teksi 1.30 minit dengan Keretapi laju 30 minit sahaja.


Kuala Namu Airport
Teksi

Saya minginap di Ibunda Hotel yang terletak di Jalan S,M. Raja jalan yang terpanjang di Kota Medan. Harga hotel ini Rp. 270,000 (RM 75.00) pelbagai kemudahan disediakan, yang paling menarik di bawah hotel tersebut ada Rumah Makan yang boleh menampong seramai 180 orang serentak dalam satu satu masa.

Ibunda Hotel
Bilik Tidur

Pada hari pertama saya sampai d Medan jam 7 petang (WM) waktu disana jam 6.petang tetapi hari cepat gelap. Satu jam tiga puloh minit perjalanan ke Kota Medan dari airport ke Kuala Namu dan sampai di hotel saya terus diberi kunchi bilik di bahagian receiption tanpa mengisi borang. 

Malam tersebut selepas mandi dan solat saya terus ke medan selera yang jaraknya dalam 300 meter dari hotel yang saya menginap.

Makan tengahari di hotel Ibunda

Hari ke dua saya berjalan pusing kota dengan menaiki van kijang, tempat yg saya suka kunjungi Istana Maimun dan Masjid Raya juga yang tidak jauh dari hotel tempat saya menginap. Petang saya ke Medan Mall salah satu shoping yang terbesar di Kota Medan.

Pasar Ikan


Pasar Ikan
Medan Mall
Medan Mall

Hari ketiga selepas saya checkout pada jam 1,00 tengahari (WM) dan jam 12.00 (WI) saya menaiki teksi yang sudah dari awal menunggu saya di lobby hotel, Beg saya diambil oleh Bapak Supir dimasukan kedalam kereta semasa saya menguruskan pembayaran bil.


Sampai di airport saya terus ke kaunter airasia check dan pengesahan dokumen, selepas itu saya terus masuk kedalam untuk urusan cop pasport dan terus ke tempat menunggu.



SEJARAH PENERBANGAN YANG KU ALAMI

Jam 7.20 pesawat airasia dari QZ dari Bandung tiba dan kami semua menaiki pesawat tersebut untuk ke Penang. Sejarah pertama kali dalam berpuloh kali saya menaiki pesawat airasia yang tidak dapat mendarat di destinasi yang di tuju iaitu Penang airport kerna tidak dapat kebenaran mendarat dari trafik udara disebabkan jerebu yang tebal,

Kuala Namu Airport

Masing-masing pada mulanya merasa lega apabila pilot mengumumkan pesawat akan mendarat dalam beberapa minit lagi, tiba-tiba pesawat yang awalnya menjunam untuk mendarat terus mencongak semula pesawat itu naik diatas membuatkan penumpang penumpang merasa gelisah dengan tidak mengetahui apa sebabnya.

Penang Airport

Selapas itu baru juruterbang mengumumkan pesawat tidak boleh mendarat kerna tidak dapat kebenaran dari trafik udara, terpaksa pesawat tersebut berlegar-legar di diatas selama 30 minit sebelum dapat mendarat. Akhirnya pesawat dapat mendarat dengan selamat atas izin dari pihak trafik udara.

No comments:

Post a Comment