ANGKASA Wilayah Persekutuan telah berjaya mengadakan Program Kelesterian Kredit dan Produk ANGKASA 2015 selama 2 hari 1 malam pada 14-15/09/2015 bertempat di Hotel Grand Resortt Subang, Kuala Lumpur.
Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad diantara 150 koperasi di Wilayah Persekutuan yang dijemput menyertai Program ini. Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad menghantar 2 orang wakil iaitu En. Pissal bin Abu Setiausaha Koperasi manakala Pentadbiran yang hadir En. Khairur Anwar, Pengurus Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
Setiausaha dan Pengurus
Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Program dimulakan dengan Majlis Perasmian oleh Dato' Haji Abdul Fatah bin Haji Abdullah. Presiden ANGKASA.
Presiden ANGKASA
Bergambar bersama Presiden ANGKASA
Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan pada hari pertama pada 14/09/2015 dari petang hingga ke malam hari. Iaitu Akta Pelaburan Kredit dan akta Perlindungan Data Peribadi, Tawanug ANGKASA dan Skim Perlindungan Kredit Koperasi.
Penceramah Spekar
En. Pissal Abu bertanya soalan
3 lagi kertas kerja dibentangkan pada hari ke dua pada 15/09/2015 iaitu Projek Proton Kowamas, ANGKASA, Peluang Perniagaan Dalam Bidang Komunikasi dan Pembelian Aset Pembiayaan Koperasi.
Taklimat Bengkel
Program selama 2 hari berakhir dengan jamuan makan tengahari.
Sarapan Pagi
Jamuan Tengahari
No comments:
Post a Comment