Thursday, December 29, 2011

Kutipan 3R di Perlis

Hari ini Khamis 29/12/2011 merupakan bulan yang terakhir Program Kitar Semula yang diadakan di Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis bagi menutup tirai 2011.



Program hari ini mendapat sambutan dengan menyaksikan beberapa Jabatan Kerajaan termasok Cleaner dan orang-orang persaorangan menyertai program ini dengan membawa barang-barang untuk dikitar semula dari pejabat dan juga dari rumah.



Seperti biasa Pegawai Pemamtauan En. Ubaidillah serta dibantu oleh Pegawai-Pegawai PPSPPA Perlis dan juga 3 orang pekerja dari Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd telah berjalan dengan lancar sebaik sahaja kaunter dibuka.





Setelah selesai jam 12.00 tengahari Kutipan Kertas 692.5 kg, Botol Plastik 27.5 kg, Alumaniam 2 kg dan Tin 2 kg jumlah keselurohan sebanyak RM 279.42.



Bagi Negeri Perlis sahaja Data Kutipan menunjukan dari Bulan Jan 2011 hingga December 2011 berat Kertas 5,920 kg, Botol Plastik 151.5 kg, Tin 77 kg, Alumaniam 6.5 kg dan Besi 3 kg jumlah keselurohan pendapatan hasil sebanyak RM 2,224.10 termasok pendapatan hari ini.


Kutipan 3R

Sunday, December 25, 2011

Tanjong Vista

Selama 4 hari 3 malam kami berada di Kuala Trengganu kami menginap di Hotel Tanjong Vista boleh dikatakan semua perwakilan dan pemerhati tidur disitu, Hotelnya amat menarik terletak tidak jauh dengan pasar kepayang dan juga tidak jauh dengan Stadium Negeri Kuala Trengganu.


Hari yang sama pada 21-25/12/2011 bilik semuanya habis di tempah oleh TV Al Hijrah kerana tarikh yang sama mereka mengadakan program Karnival Al Hijrah di Padang Awam, Kuala Trengganu.



Pada 24/12/2011 biliknya habis maka kami tidak dapat menyambung semalam lagi maka kami pun mengambil keputusan pulang sebaik sahaja selesai majlis perasmian mesyuarat agung pada jam 1.00 tengahari selepas makan tengahari. 


Hari Terakhir di Hotel Tanjong Vista

Persidangan Tri Tahunan

Sebaik sahaja selesai diadakan majlis perasmian dan sidang akhbar, mesyuarat meneruskan sidangnya dengan dihadiri oleh seramai 550 perwakilan dari seluroh Semenanjung Malaysia.  Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.


Persidangan bermula

Tahun ini merupakan Pemilihan Jawatan Pegawai Tertinggi yang mana menyaksikan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agung semuanya menang tanpa bertanding manakala bagi Jawatan Naib Presiden 1 & 2 serta Bendahari dipertandingkan kesemua pertandingan 4 penjuru.


Sebahagian dari Perwakilan

Mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut ajenda, ajenda pertama melantik Jawatankuasa - jawatankuasa Tetap yang paling menarik iaitu jawatankuasa mengira undi. setelah semuanya dilantik pengerusi majlis mengarahkan jawatankuasa peti undi membawa masuk peti undi tersebut ke dalam bilik khas yang disediakan dan sebelum itu pengerusi memberi peluang kepada perwakilan yang belum memasukan kertas undi sulit supaya memasukan kedalam peti undi.

Perwakilan sedang memasukan kertas undi
Kertas Undi Sulit

Oleh kerana mesyuarat terlalu pantas dengan tiada pertanyaan setiap kali dibentangkan minit mesyuarat, lapuran tahunan dan penyata kewangan maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari untuk membolehkan semua perwakilan menjamu selera dan solat, mesyuarat disambung semula jam 2.30 petang.

Undi sedang dikira
Walau cam na pun terima kasih dan Tahniah harus diberikan kepada Setiausaha dan kakitangan Ibu Pejabat ANULAE kerana bertungkus lumus menjalankan tugas bagi menyediakan segala kemudahan untuk memastikan perjalanan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.


Setiausaha Agung sedang memantau
Memasukan dokumen ke dalam beg


Saturday, December 24, 2011

Majlis Perasmian Persidangan Tri Tahunan

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE)  Semenanjung Malaysia telah jayanya mengadakan Mesyurat Agungnya Tri Tahunannya kali ke 24 pada 24-25/12/2011 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Stadium Negeri, Kuala Trengganu, Trengganu.


Tetamu Jemputan

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Y.B. Dato, Haji Abdul Rahim bin Mohd Said Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Trengganu. Diantara yang hadir bersama pada majlis perasmian pagi tersebut selain Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia En. Azih bin Muda, Dato, Haji Azlan Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Trengganu dan Dato, Haji Omar bin Osman Presiden Cuepacs.


Perwakilan Yang Hadir

Perwakilan dari seluroh Semenanjung Malaysia seramai 600 orang termasuk juga pemerhati menghadiri persidangan ini. Persidangan dimulakan dengan lagu Negaru Ku diikuti lagu ANULAE dan seterusnya lagu Suara pekerja serta lagu Perkhidmatan Awam, penyedian lagu dan lirikata disediakan oleh En. Pissal bin Abu Mantan Naib Presiden 1 ANULAE Semenanjung Malaysia.

Ucapan En. Azih Muda
Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia

Ucaptama En. Azih bin Muda Presiden ANULAE, Ucap kedua Dato, Haji Omar bin Osman, Ucap ketiga Dato, Haji Azlan Dagang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Trengganu dan Ucap Perasmian oleh Dato, Haji Abdul Rahim bin Mohd. Said, Negeri Trengganu.

Presiden ANULAE
Ucapan Perasmian

Dato, Haji Omar Osman Presiden Cuepacs dalam ucapanya menerangkan sikm baru SBPA yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang menjadi kontroversi antara JPA dengan Cuepacs. Lanjutan dari itu Wakil Cuepacs En. Azih bin Muda Timbalan Presiden Cuepacs merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia telah menerangkan penderian Cuepacs dalam Program BICARA antara wakil JPA Dato, Yeow Chin Keong dengan En. Azih bin Muda dipengerusikan oleh En. Amin bin Idris Pengacara yang dianjurkan oleh TV Alhijrah jam 9.30 malam pada 21/12/2011.

Penyampaian Cederamata
Penyampaian Cederamata
Jamuan Ringan
Gambar Perasmian

Majlis perasmian selesai pada jam 11.00 pagi dan semua jemputan dijemput ke jamuan ringan dan selepas itu diadakan press confrence untuk Presiden Cuepacs mengenai isu-isu berbangkit tentang SBPA oleh TV 3 dan TV 1 serta wartawan dibilik khas yang disediakan.

Pegawai Tertinggi dan Exco

Mesyuarat Agung Tri Tahunan dan Pertandingan Aspek Wanita bermula jam 11.45 dan berakhir jam 1.00 tengahari bagi fasa pertama kemudian semuanya ke jamuan makan tengahari yang disediakan di dalam dewan tersebut. Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang.


Pertandingan Aspek Wania

Friday, December 23, 2011

Mesyuarat ALK Khas

Sempena Persidangan Tri Tahunan ke 24 ANULAE Semenanjung Malaysia pada 24-25/12/2011 bertempat di Dewan Negeri Kuala Trengganu, Trengganu diadakan mesyuarat ALK khas k2 dan ke 3 pada 23/12/2011 bertempat diDewan Cempaka, jam 9.30 pagi bertempat di Hotel Tanjong Vista, Kuala Trengganu, Trengganu.



Sebelum mesyuarat pada 23/12/2011 semua ALK, Pengurus dan Kerani-kerani Kanan Koperasi KOSPETA dibawa melawat ke Koperasi KOGURU yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami.  Mesyuarat kali ini diadakan bagi tujuan bersama-sama dengan Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja serta kempen menambah keanggotaan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Semua ALK hadir manakala Pengurus serta Kerani-kerani Kanan Koperasi KOSPETA turut menghadiri mesyuarat ini.


Selepas mesyuarat kami semua ke masjid berdekatan untuk solat jumaat dan selepas itu kami semua dibawa ke rumah Ibu En. Azih Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad untuk kenduri aruah dan tahlil.

Thursday, December 22, 2011

Lawatan ke Koguru

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Wisma Koperasi Koguru pada 22/12/2011 jam 9.30 pagi di Kuala Trengganu, Trengganu.


Ketibaan seramai 12 ALK serta 7 orang kakitangan dari Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad ke Wisma Koguru disambut oleh Pengerusi dan ALK serta kakitanganya.


Taklimat disampaikan oleh Pengerusi Koperasi Koguru dan disertai oleh Setiausaha, Bendahari ALK dan kakitangan dalam taklimat tersebut kami didedahkan mengenai Pentadbiran Koguru serta carta organasasinya  


Diakhir taklimat tersebut kami diberi cederamata setiap yang hadir serta dijamu selera selepas itu kami dibawa melawat dan diperkenalkan kepada kakitangannya dan melihat urusniaga yang dijalankan didalam bangunan tersebut. 

Lawatan Ke Koguru

Tuesday, December 20, 2011

Firefly

Perjalanan saya dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 18/12/2011 jam 7.30 malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim menuju ke Subang dengan menaiki Firefly dan sampai diLapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang jam 8.20 malam.

Alor Setar

Subang

Sampai disana kawan sedia menunggu dan menghantar saya ke City Park Hotel untuk bermalam disana, sebelum itu kami pergi makan-makan dan berbual mengenai syarikat yang baru ditubuh dan didaftarkan.

City Park Hotel
Kedai Makan

Keesokanya 19/12/2011 jam 8.30 pagi saya pergi ke Pejabat Koperasi KOSPETA bagi menjalankan tugas biasa memantau perjalanan kerja yang dibuat oleh kakitangan koperasi. Sepanjang sehari disana saya sempat melihat list potongan yuran dan bayaran balik hutang khusus untuk syarikat IDAMAN Alor Setar serta melihat file-file tuntutan hutang yang melalui peguam.


Pejabat Koperasi KOSPETA KL

Setelah selesai semuanya saya kembali ke Lapangan Terbang Sultan Abd. Aziz jam 6.00 petang bersama kawan saya yang turut bersama ke Alor Setar bersama saya.

Subang
Penerbangan Balik ke Alor Setar
Dari Alor Setar ke Subang


Sunday, December 18, 2011

3R Wisma Darul Aman

Kutipan 3R yang diadakan hari ini 18/12/2011 di pekerangan GYM Wisma Darul Aman 2011 merupakan minggu terakhir bagi bulan 12/2011.



Seperti biasa setelah kaunter dibuka bahagian cleaner mendahului lain-lain jabatan membawa turun barang-barang untuk dikitar, Jabatan Kerajaan Tempatan kali ini membawa turun kertas dan bahan bacaan seberat 516 kilo.



3R Wisma

Selepas dibuat kutipan semua barang -barang tersebut dibawa ke kilang kitar semula  yang terletak di Tandop bersebelahan Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah. Pendapatan hari ini setelah dijual ke kilang sebanyak RM 378.00. 

Saturday, December 17, 2011

Pertandingan Lagu Karaoke

YZ Famili Corner Restoran bersama environment IDAMAN Sdn Bhd menganjurkan Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke Terbuka dalam Program Kitar Semula dan Envi Bersama Masyarakat pada 16/12/2011 jam 9.00 malam bertempat di Hutan Betus, Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi taklimat

Program ini mendapat sambutan yang mengalakan dengan menyaksikan seramai 42 orang peserta mengambil bahagian, Bagi memulakan program ini En. Pissal Abu Pegawai dari environment IDAMAN Sdn Bhd memberi taklimat mengenai program 3R dan menerangkan pemberian tong sampah percuma kepada masyarakat taman yang membayar hasil pintu.

Pengunjung dan Peserta
Pengunjung dan Peserta

Sebaik sahaja taklimat selesai diadakan majlis diteruskan dengan acara pertandingan lagu-lagu karaoke, seramai 42 orang telah mendaftar menyertainya. Peserta-peserta yang mengambil bahagian bukan hanya disekitar Bandar Alor Setar ada diantara mereka dari Sungai Petani, Butterworth dan Perlis.

Peserta Lelaki
Peserta Wanita
Nyanyian Lelaki
Nyanyian Wanita

Hadiah-hadiah yang ditawarkan dari tempat pertama hingga ke sepuloh merupakan barang-barang electrik namum begitu bagi mereka bukan hadiah menjadi satu ukuran yang penting menyertai program ini disamping dapat berhibur.

Pengadil

Malam tersebut mendapat sambutan dari pengunjung-pengunjung sehingga tiada cukup tempat duduk ramai yang berdiri ditepi jalan dari awal hingga keakhir, Mereka ingin mengetahui siapakah pemenang kerana semua peserta dapat mempersembah nyanyian yang terbaik.

Pakaian Terbaik Wanita
Persembahan Terbaik Lelaki

Hadiah khas untuk peserta bagi ketegori persembahan lelaki dan wanita terbaik serta pakaian lelaki dan wanita terbaik masing-masing mendapat hadiah set gelas klasik beserta wang tunai setiap seorang RM 20.00.  Selain dari hadiah-hadiah pihak penganjur juga ada menyediakan sebanyak 60 cabutan bertuah kepada pengunjung-pengunjung dimalam tersebut.

Pengadil
Pengadil

Pengadil serta orang ramai turut merasa pening untuk memilih peserta terbaik bagi seramai 10 orang kerana masing-masing menunjukan persembahan yang baik namum begitu adat pertandingan ada kalah dan menang, apa pun yang diharapkan keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada sesiapa harus menaruh perasaan tidak berpuas hati kerana pengadil itu juga adalah manusia. .Pertandingan berakhir pada 17/12/2011 jam 2.08 pagi. 

Gambar Pertandingan