Friday, December 9, 2011

Gotong Royong JKKKP dengan Envi

Memandang jalan keluar masuk ke dalam kampong seberang pumpong tidak dalam keadaan selesa setiap kali berlaku hujan tempat tapak tersebut akan menjadi lechah apabila hujan turun kerana disudut hujung jalan terletak sebuah tong sampah besar (roro) oleh MBAS sejak lama dahulu bagi kemudahan orang-orang kampong tersebut membuang sampah.



Diatas kesedaran itu JKKKP Seberang Pumpong diketuai oleh Tuan Hj. Raffie menganjurkan gotong royong bersama environment IDAMAN Sdn Bhd membina tapak simen tung sampah sebagai kemudahan kepada mesyarakat kampong, untuk tujuan itu JKKKP telah memperuntukan simen bancuh dan batu-batu kecil manakala environment IDAMAN Sdn Bhd turut membantu menyediaka JCB dan besi untuk memperkukuhkan lantai simen yang baru nak dibina.


Kerja-kerja gotong royong diadakan pada 9 Disember 2011 yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 2.30 petang mendapat kerjasama dari penduduk kempong.

Selesai
VideoGotong Royong

No comments:

Post a Comment