Sunday, December 25, 2011

Tanjong Vista

Selama 4 hari 3 malam kami berada di Kuala Trengganu kami menginap di Hotel Tanjong Vista boleh dikatakan semua perwakilan dan pemerhati tidur disitu, Hotelnya amat menarik terletak tidak jauh dengan pasar kepayang dan juga tidak jauh dengan Stadium Negeri Kuala Trengganu.


Hari yang sama pada 21-25/12/2011 bilik semuanya habis di tempah oleh TV Al Hijrah kerana tarikh yang sama mereka mengadakan program Karnival Al Hijrah di Padang Awam, Kuala Trengganu.



Pada 24/12/2011 biliknya habis maka kami tidak dapat menyambung semalam lagi maka kami pun mengambil keputusan pulang sebaik sahaja selesai majlis perasmian mesyuarat agung pada jam 1.00 tengahari selepas makan tengahari. 


Hari Terakhir di Hotel Tanjong Vista

No comments:

Post a Comment