Sebaik sahaja selesai diadakan majlis perasmian dan sidang akhbar, mesyuarat meneruskan sidangnya dengan dihadiri oleh seramai 550 perwakilan dari seluroh Semenanjung Malaysia. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia.
Persidangan bermula
Tahun ini merupakan Pemilihan Jawatan Pegawai Tertinggi yang mana menyaksikan Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan juga Setiausaha Agung semuanya menang tanpa bertanding manakala bagi Jawatan Naib Presiden 1 & 2 serta Bendahari dipertandingkan kesemua pertandingan 4 penjuru.
Sebahagian dari Perwakilan
Mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut ajenda, ajenda pertama melantik Jawatankuasa - jawatankuasa Tetap yang paling menarik iaitu jawatankuasa mengira undi. setelah semuanya dilantik pengerusi majlis mengarahkan jawatankuasa peti undi membawa masuk peti undi tersebut ke dalam bilik khas yang disediakan dan sebelum itu pengerusi memberi peluang kepada perwakilan yang belum memasukan kertas undi sulit supaya memasukan kedalam peti undi.
Perwakilan sedang memasukan kertas undi
Kertas Undi Sulit
Oleh kerana mesyuarat terlalu pantas dengan tiada pertanyaan setiap kali dibentangkan minit mesyuarat, lapuran tahunan dan penyata kewangan maka mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari untuk membolehkan semua perwakilan menjamu selera dan solat, mesyuarat disambung semula jam 2.30 petang.
Undi sedang dikira
Walau cam na pun terima kasih dan Tahniah harus diberikan kepada Setiausaha dan kakitangan Ibu Pejabat ANULAE kerana bertungkus lumus menjalankan tugas bagi menyediakan segala kemudahan untuk memastikan perjalanan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
Setiausaha Agung sedang memantau
Memasukan dokumen ke dalam beg
No comments:
Post a Comment