Thursday, June 30, 2011

Karoke Persaorangan

Pertandingan Karaoke Persaorangan yang dianjurkan oleh Kuala Tunjang Cafe (KTFC) malam ini 29 Jun 2011 hari Rabu jam 9.00 malam bertempat di Kuala Tunjang Cafe Tepi Laut, Air Hitam, Jerlun.

Pengadil

Pertandingan ini terbuka khusus untuk pelanggan tetap yang sentiasa mengunjung di Kafe tersebut, seramai 30 orang peserta lelaki dan perempuan.menyertai program ini dengan bayaran yang dikenakan RM 3.00 setiap peserta. 

Pemenang Tempat Pertama
Pemenang Tempat Kedua
Pemenang Tempat Ke Tiga
Sebahagian dari penonton

Hadiah dari tempat pertama hingga ke 7 merupakan barangan electrik dan hadiah pakaian tercantik, persembahan terbaik Lelaki dan Wanita juga barang-barang electrik


Hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan oleh En. Pissal Abu

Tempat Pertama
Hadiah Pasangan Penari Terbaik

Wednesday, June 29, 2011

Taklimat 3R Di Kuala Nerang

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang pertama menjemput PPSPPA Kawasan Kuala Nerang dan Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd menyampaikan ceramah mengenai 3R pada 28 jun 2011 hari Selasa jam 9.00 pagi bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kou Hua, Kuala Nerang, Kedah. 


Pegawai PPSPPA En. Ali bin Azmi Pen. Pegawai Penguatkuasa telah memulakan taklimatnya dan diikuti oleh En Pissal Abu, Officer Corporate Communication Department dari environment IDAMAN Sdn Bhd kepada kanak-kanak serta kesemua guru diSekolah tersebut.

En. Ali Azmi dari PPSPPA sedang memberi taklimat
En. Pissal Abu sedang memberi taklimat
Kanak-kanak sedang mendengar taklimat

Selesai taklimat diadakan kanak-kanak beratur mengikut darjah dengan membawa barang-barang kitar semuala dari rumah untuk dijualkan kepada Syarikat environment IDAMAN Sdn Bhd.

Kanak-kanak sedang beratur

Pembukaan kaunter turut dibantu oleh Pegawai-pegawai PPSPPA seramai 6 orang terdiri daripada Pn. Naimah Mohd. Noor, Pn. Noor Hanim Mat Noh, En. Mohd. Hafiz Hashim, En Sharifuddin Ab. Rahman dan En Khairul Adha Ab. Mutalib Pegawai Penguatkuasa.

Barang-barang sedang menimbang

Pendapatan dari jualan hari ini buat pertama kalinya mencecah kepada RM 85.10, En. Pissal Abu menyerahkan wang tunai hasil jualan tersebut kepada Guru Besar Cik Kok Hooi Chin dengan disaksikan oleh   En. Ali bin Azmi Pen. Pegawai Penguatkuasa.

Membentang jumlah kutipan
En. Pissal menyerahkan hasil jualan kepada Guru Besar


Monday, June 27, 2011

Lawatan Ke Tg. Balai, Indonesia

Setelah selesai sudah ajenda mesyuarat agung jam 1.45 kami seramai 11 orang menaiki kereta menuju ke Kukup untuk manaiki feri menuju ke Tanjung. Balai, Indonesia pada 25 Jun 2011.


Rombongan kami seramai 11 orang selamat tiba diKukup pada jam 3.50 petang hanya berbaki 10 minit sempat kami membeli tiket untuk menaiki Feri jam 4.00 petang.

Feri baru tiba
Menaiki Feri

Jam 4.00 petang Feri mula belayar dan kami sampai di Tanjung Balai pada jam 5.20 petang, sesampainya kami disana ejen yang biasa melayani kami ada menunggu disana dan mereka sambut rombongan kami terus membawa kami menaiki kereta menuju ke Hotel Paragon yang terletak ditengah-tengah Bandar. Hotel kami mengindap bersebelahan dengan Masjid.

Bangunan Imigresen
Masjid

Selama 3 hari 2 malam kami disana, kami berpeluang berjalan-jalan disekeliling Pulau tersebut, wauuuuu amat menarik sekali kedua-dua Pantainya bersih serta Bangunan Kerajaan yang baru siap dibina cukup menarik.


Penduduk disekeliling Pulau tersebut amat baik dan bermurah hati pekerjaan mereka banyaknya bercucuk tanam dan ternakan Lembu, Ayam dan Kambing. Kesemua ternakan disitu diexport ke Singapura.


Kedai-kedai makanan Islam banyak disana maka tidak susah untuk kami keluar untuk mencari makan malam atau pun makan tengahari dan pagi. Apa yang paling selera kami mengunjung kadai makan Asam Pedas wauuuu ikanya segar-segar baru sampai dibersiang.

Makan Malam
Makan Gulai Asam Pedas

Mesyuarat Agung Perwaklian Ke 29

Mesyuarat Agung Perwakilan kali Ke 29/2011 telah diadakanya sebaik sahaja selesai majlis perasmian oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka.

Meja Pendaftaran

Kehadirin mesyuarat pada pagi seramai 187 orang termasok Perwakilan dan Pemerhati yang ada didalam dewan. Mesyuarat telah sebulat suara memilih En. Azih bin Muda mempengerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke 29 pada pagi ini.

Mesyuarat diPengerusikan oleh En. Azih Muda
Perwakilan yang hadir
Sebahagian dari perwakilan
Audit Luar

Perkara hangat yang dibincangkan mengenai Akaun Penjualan dan Pendapatan Projek Ternakan Ikan Air Tawar yang mengalami kerugian sebanyak RM 49,000.00. Setelah selesai dibahas maka semua perwaklian menerimanya.

Perwakilan sedang berucap
Pengurus dan Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA

Mesyuarat juga mengekalkan 3 orang Anggota Lembaga Koperasi dilantik semula iaitu En. Azih bin Muda, Hj. Mohd. Faizi Hj. Aznam dan En. Shamshuddin manakala muka baru Puan Mariah bte Ahmad kesemua mereka menang tanpa bertanding. TAHNIAH diucapkan.

Barisan Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Barisan Kakitangan

Mengenai pembayaran dividen perwakilan bersetuju sebulat suara menanguhkan sehingga ianya selesai dikira semula dan mendapat kelulusan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Kakitangan Koperasi sedang mangambil Nasi
Perwakilan sedang menikmati jamuan

Mesyuarat berakhir pada jam 1.30 dan jamuan makan tengahari disediakan ditingkat 1.


Diluar dewan mesyuarat tempat pendaftaran diadakan Pameran Barangan Electrik dan Penjualan Handfhone dari Syarikat Multimedia (KVK) yang menjadi ejen kepada Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.

Mr. Kalai Pengurus Syarikat KVK

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 29

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 29 yang dihadiri seramai 124 orang Perwakilan termasok Ahli Lembaga Koperasi dan Juruodit Dalam telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada 25 Jun 2011 hari Sabtu jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Malinja, PERMAISURI MITC Hotel Melaka, Air Keroh, Melaka.

Menunggu Ketibaan Ketua Menteri Melaka
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad

Ketibaan Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka disambut oleh semua Ahli Lembaga Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad yang diketuai oleh En. Azih bin Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysaia Berhad.

Ketibaan Ketua Menteri Melaka

Majlis Perasmian dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


En. Azih Muda sedang berucap

Dalam ucapan perasmain oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam beliau turut memuji aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi KOSPETA dalam memajukan Koperasi untuk kepentingan anggota-anggotanya jesteru itu beliau turut menawarkan Tanah untuk usahasama bagi menambah pendapatan kepada Koperasi KOSPETA khususnya dalam bidang pembinaan Perhotelan, Perumahan atau Homestay di-Negeri Melaka.

Y.A.B. Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sedang berucap
Barisan Anggota Lembaga dan JAD
Sebahagian dari Perwakilan

Selepas majlis perasmian Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam menyampaikan cederamata kepada Mantan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Tuan Hj. Abu Hassan bin Abdullah kemudian diikuti penyampaian cederamata dari En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad kepada Y.A.B. Ketua Menteri Melaka.

Cederamata dari Koperasi KOSPETA
Penyampaian Cederamata kepada Mantan Pengerusi

Majlis perasmian berakhir pada jam 11.00 pagi dan Y.A.B. Ketua Menteri Melaka berangkat pulang.

Bersalam dengan Perwakilan
Y.A.B. Ketua Menteri Melaka berangkat pulang