Monday, June 27, 2011

Lawatan Ke Tg. Balai, Indonesia

Setelah selesai sudah ajenda mesyuarat agung jam 1.45 kami seramai 11 orang menaiki kereta menuju ke Kukup untuk manaiki feri menuju ke Tanjung. Balai, Indonesia pada 25 Jun 2011.


Rombongan kami seramai 11 orang selamat tiba diKukup pada jam 3.50 petang hanya berbaki 10 minit sempat kami membeli tiket untuk menaiki Feri jam 4.00 petang.

Feri baru tiba
Menaiki Feri

Jam 4.00 petang Feri mula belayar dan kami sampai di Tanjung Balai pada jam 5.20 petang, sesampainya kami disana ejen yang biasa melayani kami ada menunggu disana dan mereka sambut rombongan kami terus membawa kami menaiki kereta menuju ke Hotel Paragon yang terletak ditengah-tengah Bandar. Hotel kami mengindap bersebelahan dengan Masjid.

Bangunan Imigresen
Masjid

Selama 3 hari 2 malam kami disana, kami berpeluang berjalan-jalan disekeliling Pulau tersebut, wauuuuu amat menarik sekali kedua-dua Pantainya bersih serta Bangunan Kerajaan yang baru siap dibina cukup menarik.


Penduduk disekeliling Pulau tersebut amat baik dan bermurah hati pekerjaan mereka banyaknya bercucuk tanam dan ternakan Lembu, Ayam dan Kambing. Kesemua ternakan disitu diexport ke Singapura.


Kedai-kedai makanan Islam banyak disana maka tidak susah untuk kami keluar untuk mencari makan malam atau pun makan tengahari dan pagi. Apa yang paling selera kami mengunjung kadai makan Asam Pedas wauuuu ikanya segar-segar baru sampai dibersiang.

Makan Malam
Makan Gulai Asam Pedas

No comments:

Post a Comment