Sebaik sahaja selesai mesyuarat Pinjaman jam 5.00 petang selepas kami minum petang kami berehat dan selepas solat maghrib kami beramai-ramai menuju ke rumah kenduri yang terletak lebih kurang 15 KM dari hotel ke rumahnya No. 4191 Kg. Padang Macang, Manir, Kuala Trengganu, Trengganu.
Pada jam 8.30 malam kami semua sudah berkumpul dirumah En Azih terdiri dari ALK bersama Isteri dan anak-anak serta Kakitangan Koperasi. Jamuan yang dihidangkan cara orang disana Pulut Kuning bersama Kari Ayam. Suasana malam kenduri amat meriah kerana adat disana menyiang bawang dan potong daging disebelah malam.
Suasana lebih meriah lagi dengan diserikan lagi kumpulan gendang, karaoke dan yang paling memikat hati kanak-kanak serta lebih menarik lagi pembakaran bunga api pada malam tersebut membuat mereka paling bergembira.
Kakitangan Koperasi
Kumpulan Gendang
Video Malam Kenduri
Gambar Malam Kenduri
No comments:
Post a Comment