Setelah selesai diadakan taklimat serta persembahan video kepada semua perwakilan dan pemerhati kami dijemput kerumah Tuan Haji Abu Hassan Abdullah, Mantan Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dirumahnya yang terletak diBandar Hilir Melaka yang tidak jauh dari tempat persidangan.
Selain daripada mengunjung dirumahnya kami juga sempat mengadakan Mesyuarat ALK Khas pada malam itu jam 11.45 malam khusus membincang mengenai surat teguran dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tentang pemberian diveden kepada anggota-anggota koperasi 2010.
Tuan Hj. Abu Hassan menerima tetamu
En. Azih bersama dengan En. Pissal
Bermesyuarat sambil menjamu selera
Jamuan yang disediakan oleh Tuan haji Abu Hassan wauuuu SUP KAMBING bermacam jenis kueh serta buah-buahan tak habis kami semua ahli Lembaga dan Kakitangan Koperasi memakannya. Bayangkan seekor kambing untuk kami keselurohan 28 orang.
Berbincang dengan Biro Wanita Koperasi KOSPETA
Kakitangan Koperasi KOSPETA
Hidangan Kueh dan Buah-buahan
Kami semuanya bersurai pada jam 1.50 pagi. Terima kasih Tuan Haji Abu Hassan semoga tuhan murahkan rezeki dan sehatkan kesihatan keseleruhan keluarganya. Amin.
No comments:
Post a Comment