Tuesday, January 31, 2012

Kitar Semula di Sek Sri Ampang

Sekolah Menengah Sri Ampang yang terletak di tengah-tangah Taman disekelilingnya telah dapat mengadakan program kitar semula pada 31-01-2012 hari Selasa, jam 9.00 pagi bertempat di Kawasan Lapang, Sekolah Menengah Sri Ampag, Alor Setar, Kedah.




Program ini diadakan buat kali ke 2, barang-barang kitar semula banyak dibawa oleh Pelajar-pelajar dari rumah dan sebahagianya adalah dari bilik guru dan perpustakaan semuanya telah dikumpulkan disuatu tempat.





Seperti biasa environment IDAMAN Sdn Bhd bersama PPSPPA telah menjalankan tugas dengan membuat timbangan setiap barang-barang mengikut bahagian masing-masing. Setelah ditimbang berat Kerts 538 kg, Botol Plastik 14 kg, Tin Alumaniam 1 kg manakala Besi 34 kg, Jumlah keselurohan RM 219.10.


Bergambar Beramai-Ramai

Monday, January 30, 2012

Kutipan 3R di Sekolah Convent

Sekolah Men Convent telah mengadakan Program Kitar Semula pada 30/01/2012 buat kali ke 4 bertempat di Kawasan Lapang Sekolah Menangah Convent, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah.



Penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam program ini amat baik, program ini dipantau oleh guru setiap kali dijalankan yang mana menyaksikan susunan diatur mengikut kelas-kelas supaya mengelakan daripada berpusu-pusu.



Setelah barang-barang dibawa turun ke bawah pelajar-pelajar balik ke kelas hanya tinggal seorang guru bagi menguruskan di dalam urusan menimbang.  Seperti biasa En. Mohd. Asrul Azmi Pegawai Jutera dengan dibantu oleh Cik Intan Diana dan Pn. Akma semuanya dari PPSPPA.


environment IDAMAN Sdn Bhd di ketuai oleh En. Pissal Abu serta dibantu oleh seramai 3 orang pekerja termasok seorang pemandu.


Sunday, January 29, 2012

Kitar Semula Tabika Perpaduan

Buat pertama kali Program Kitar Semula diadakan di Taska Permata Perpaduan pada 29 Januari 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi bertempat di Taman Bandar Baru, Pokon Sena, Kedah.



Program ini diadakan oleh Taska Permata Perpaduan bersama dengan environment IDAMAN Sdn Bhd dan Perbadanan Pengerusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Negeri Kedah. Taklimat disampaikan oleh En. Mohd. Asrul bin Azmi Pegawai Jutera, PPSPPA manakala 3R disampaikan oleh En. Pissal bin Abu dari environment IDAMAN Sdn Bhd.



Sebaik sahaja selesai taklimat majlis diteruskan dengan membuat timbangan pada barang-barang yang dibawa oleh kanak-kanak dan guru tabika, setelah ditimbang Berat Kertas 53 kg berjumlah RM 15.00.



Pembayaran Tunai Kitar Semula

Saturday, January 28, 2012

Mesyuarat Perjawatan & Temuduga

Mesyuarat Perjawatan telah diadakan pada 28/01/2012 hari Sabtu jam 9.00 pagi di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12 Pusat Bandar Utara, Batu Cave, Kuala Lumpur.


Sebaik sahaja selesai diadakan mesyuarat perjawatan diadakan pula majlis menemuduga bagi mengisi jawatan kosong untuk 1 orang Pembantu Am Rendah dan 2 orang untuk jawatan Pegawai kerani, seramai 7 orang yang hadir dalam temuduga Jawatan Pembantu Am dan 9 orang bagi Jawatan Pegawai Kerani.


Sebaik sahaja selesai diadakan majlis meneduga diteruskan dengan mesyuarat pinjaman, Mesyuarat tersebut telah meluluskan pinjaman berjamin yang dipohon oleh anggota-anggota sebanyak RM 1.2 juta untuk seramai 70 orang termasuk pinjaman bertindih dan kecemasan serta barangan.

Mesyuarat PInjaman


Friday, January 27, 2012

Mesy Lembaga Ke 4

Mesyuarat Lembaga Kali Ke 4 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diadakan pada 27/01/2012 hari Jumaat jam 8.30 pagi bertempat di pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, KM 12, Jalan Ipoh, Pusat Bandar Utara, 68100, Batu Cave, Kuala Lumpur.



Mesyuara membincang banyak perkara termasok meluluskan projek fasa ke 2 Ternakan Ikan Dalam Sangkar Air Tawar di Tebing Kota Klasik, Kuala Kangsar, Perak.



Selepas selesai mesyuarat jam 3.00 petang kami mula berangkat ke Kuala Kangsar untuk program melepas Anak Ikan Talapia ke dalam sangkar serta mengadakan majlis tahlil untuk arwah isteri Tuan Hj. Mohd. Faizi bin Hj Aznam Setiausaha Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.


Majlis tahlil telah diadakan selepas solat insya yang mana Imam Masjid Kampong Bogor Kiri telah menjadi khalifah untuk menerajui bacaan majlis tahlil tersebut, program ini mendapat sokongan yang baik dengan menyaksikan ramainya kehadziran orang-orang kampong di kawasan tersebut.




Sebaik sahaja selesai jamuan makan, majlis diteruskan dengan melepas anak-anak ikan talapia oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad dengan disaksikan oleh Pegawai Perikanan Perak serta Ahli-ahli Lembaga Koperasi dan orang ramai. 


En. Azih bersama Pegawai Perikanan En. Abd.Razak

Thursday, January 26, 2012

Kutipan 3R di Perlis

Kutipan 3R di Perlis pada 26/01/2012 masuk minggu ke 4 dalam Bulan Januari 2012 telah diadakan pada jam 9.00 pagi hari khamis bertempat di Komplek Pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Perlis.



Seperti biasa setelah kaunter dibuka pekerja bahagian cleaner mendahului lain-lain Jabatan menghantar barang-barang kitar semula kemudian diikuti beberapa Jabatan serta orang-orang persendirian.



Hadir sama dalam program ini En.Ubaidillah Pegawai yang bertangung jawab serta mewakili pejabat Kerajaan Perlis manakala 3 Orang Pegawai dari PPSPPA, Perlis dan 4 orang dari environment IDAMAN Sdn Bhd yang di ketuai oleh en. Pissal bin Abu.



Setelah selesai semuanya barang-barang yang dikumpul dan ditimbang hasilnya Kertas sebanyak 374 kg, Botol Plastik 13 kg dan Tin 13 kg jumlah keselurohan sebanyak RM 132.67.  


Pembayaran Tunai

Sunday, January 22, 2012

Program 3R Di Wisma

Program 3R di Wisma pada 22 Jamuari 2012 masuk minggu ke 3 yang diadakan setiap 2 mingu sekali pada hari ahad jam 9.00 pagi bertempat di hadapan GYM Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Ramai kakitangan Pejabat SUK Kedah bercuti hari ini kerana esok cuti Raya Cina 23-24/01/2012, Seperti biasa setelah kaunter di buka bahagian cleaner mendahului lain-lain jabatan membawa turun barang-barang kitar semula untuk menyertai program ini.


environment IDAMAN Sdn Bhd seramai 4 orang yang diketuai oleh En. Pissal Abu serta dibantu dan membuat  pemamtauan diatas program ini iaitu Cik Intan Diana dan Cik Wan Illza kedua-dua mereka Pegawai dari PPSPPA Negeri Kedah.


Setelah kaunter ditutup menyaksikan kutipan Kertas seberat 786.5 kg, Botol Plastik 17.5 kg dan Tin 11 kg  jumlah keselurohan sebanyak RM 250.02.


Pembayaran Tunai

Saturday, January 21, 2012

Program Kitar Semula

Program 3R di Taman Utama diadakan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali, Kelmarin program kitar semula diadakan pada 21-01-2012 hari Sabtu jam 4.00 petang bertempat di tempat kumpul barang-barang kitar semula No. 263, Lorong Utama 6/1, Taman Utama, Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah.



Pengundi Taman Utama terutama kanak-kanak gemar menghantar barang-barang kitar semula setiap hari Sabtu, Setiap barang-barang yang dihantar akan ditimbang kemudian dibayar secara tunai yang menyebabkan program ini mendapat sambutan di kalangan kanak-kanak atau orang-orang dewasa.



Barang-barang yang dihantar semunya dikumpul di satu sudut sementara menunggu lori 3R dari environment IDAMAN Sdn Berhad dihari keesokanya untuk memugut barang-barang tersebut.


Pembayaran Tunai

Ternakan Ikan Air Tawar

Fasa ke 2 Ternakan Ikan Air Tawar Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Tebing Klasik, Kuala Kangsar telah dimulanya sebaik sahaja keputusan menyentujui dalam mesyuarat jawatankuasa urusniaga yang diadakan baru-baru ini pada 14/01/2012 di Rumah Rehat, Kuala Kangsar, Perak.

Sangkar lama
Sangkar baru

Kerja-kerja pembersihan tapak sangkar ikan pada 20/01/2012 telah dilakukan oleh anggota-anggota Koperasi sendiri dengan dibantu 2 orang Lembaga iaitu Tuan Hj. Mohd. Faizi Aznam Setiausaha Koperasi dan En. Pissal Abu ALK nerangkap Pengerusi Pemantauan projek ini bagi  membolehkan memasuki ikan talapia baru bersaiz 3 inchi ke dalam 32 sangkar kosong yang dijangka pada 27/01/2012 nanti.
Membuang tumbuhan
Mencuci sangkar

Keadaan sangkar semuanya dalam keadaan baik juga termasok jaring-jaringnya hanya satu dua sahaja jaring yang rosak perlu untuk di jahit semula.

Misin pump yang baru.