Saturday, January 14, 2012

3 Hari 2 Malam di Medan

Pada hari Khamis saya mendengar khabar melalui berita mengatakan Bandar Medan terkena gerak gempa disiang hari pada 12/01/2012 namun begitu difikiran saya tentu ada berlakunya Bangunan rosak atau sebagainya, sampainya saya pada malam itu di Lapangan Terbang Polonia, Medan rasa-rasa tentu ramai orang yang berlindung disitu.


Setelah turun dari pesawat jam 9.00 malam waktu Malaysia jam 8.00 malam waktu Indonesia didapati keadaan seperti biasa nampaknya keadaan semuanya tenang tidak ada sebarang heboh mengatakan berlakunya gerak gempa.


Seperti biasa saya dengan kawan-kawan mengambil teksi menuju ke Hotel Danau Toba International didalam perjalanan saya sempat bertanya pemandu teksi tersebut Pak betulka siang hari tadi berlaku gerak gempa di Medan, katanya " gak ada apa yang berlaku memangnya bapa tahu dimana siapa yang bilang " jawab saya ia dengar berita dari kawan-kawan. katanya bapa tak perlu khuatir ngak apa-apa yang berlaku ".


Sampainya dihotel kami disambut oleh penyambut tetamu dan kami terus mengambil 2 bilik untuk 4 orang dan kemudian kami berehat pada malam tersebut hanya berbual-bual didalam bilik saya. keesokan pagi selepas minum pagi kami berehat lagi kemudian pergi ke Masjid yang berdekatan disitu untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat kami makan tengahari hari diwarung yang ada disekitar masjid tersebut.


Jam 3.00 petang kami pergi ke Pejabat agensi travel Mandiri berjumpa dengan Pak Surianto berbincang mengenai projek bersama dalam hal ehwal pelancongan.keputusanya Pak Surianto bersetuju diadakan kerjasama antara Syarikatnya dengan Syarikat kam dalam aspek pelancongan..   

No comments:

Post a Comment