Mesyuarat urusniaga dan pinjaman telah diadakan pada 6 januari 2012 hari Jumaat bertempat di Ibu Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di Jalan Ipoh Pusat Bandar Utara, Butu Cave, Kuala Lumpur.
Mesyuarat urusniaga dimulakan pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 12.45 tengahari dan berehat untuk Solat Jumaat selepas itu jam 2.30 petang disambung pula dengan Mesyuarat Pinjaman, kedua-dua mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad.
Perbincangan hari itu banyak tertumpu kearah urusniaga ala internet dikenali sebagai Maya dengan menawarkan barang-barang yang terpilih untuk dijualkan kepada anggota-anggota Koperasi dan orang ramai melalui pesanan ringkas atau melalui internet.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.45 petang.
No comments:
Post a Comment