Sunday, January 15, 2012

Mesyuarat Urusniaga & 3P

Sekembalinya saya dari Medan pada 14/01/2012 jam 11.00 pagi dari Penang saya terus menuju ke Kuala Kangsar untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Urusniaga jam 2.30 petang, sampainya saya diRumah Rehat Kuala Kangsar mesyuarat pinjaman masih berjalan sempat saya menyertainya.


Jam 1.00 tengahari mesyuarat berhenti untuk jamuan makan tengahari dan solat zohor, sebaik sahaja selesai solat zohor dan makan tengahari mesyurat bermula jam 2.30 petang seperti yang dijadualkan, mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Sdr. Azih Muda selaku Pengerusi Jawatankuasa Urusniaga berjalan selama 2 jam membincang mengenai hasil temuduga pekerja dan Ternakan Ikan dalam Sangkar.



Kemudian itu disambung pula Mesyuarat Jawatankuasa 3P yang dipengerusikan oleh Sdr. Pissal bin Abu juga berjalan dalam masa 2 jam banyak perkara yang dibincangkan termasok Seminar, Lawatan & Umrah serta meluluskan buku dan pen sebagai cederamata.

Tapak Lama
Tapak Baru

Selesai mesyuarat kami semua menuju ke Tebing Klasik untuk melihat projek Ternakan Ikan dalam Sangkar yang akan mula beroperasi pada 27/01/2012.

Melihat Tapak Sangkar Ikan

No comments:

Post a Comment