Saturday, March 31, 2012

Temasya Sukan Sungai 2012

Temasya Sukan Sungai ke 81 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke 84 telah diadakan selama 2 hari mulai 30-31 March 2012 hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Tanjong Chali, Alor Setar, Kedah.



Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Temasya Sukan Sungai 2012 kali Ke 81 memberi suntikan semangat kepada Kerajaan Negeri Kedah serta sekaligus  menaikan Imej dan Mutu Sukan Negara khususnya di Negeri Kedah ke Peringkat Antarabangsa.





Buat petama kali pertandingan seperti ini dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor.

Perarakan Perahu
 

Pertandingan kali ini menyaksikan selain penyertaan dari pelbagai kategori Jabatan Kerajaan, Persekutuan, Negeri, Daerah, Pasukan Beruniform, Sektor Koporat, Institusi Pengajian Tinggi, Persatuan  juga disertai oleh Pasukan Antarabangsa seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Combodia Thailand dan Malaysia..


 

Piala Pusingan

Sebaik sahaja keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diatas pentas, Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan dimainkan oleh pancaragam Polis Di Raja Malaysia.


 
Pertunjukan sketsa Pasukan Keselamatan Negara menawan Pengkhianat Negara yang meminta wang Tebusan kepada Kerajaan Malaysia, Namum begitu permintaan itu tidak layani maka Pasukan Tentera Malaysia membuat intipan seterusnya menyerang dan dapat menawan pengkianat-pengkianat Negara bagi memulakan Upacara Pembukaan Pertandingan.


Perlumbaan Perahu Naga jemputan Antarabangsa  yang menawarkan Piala Pusingan dan Hadiah sumbangan Kerajaan Negeri Kedah mendahului lain-lain ketegori pertandingan, Acara yang menarik seperti yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat perahu panjang dalam kategori antara Jabatan-Jabatan Kerajaan. Jabatan Kerajaan yang memasuki pertandingan akhir antara MADA, MBAS DAN JKR. Akhirnya setelah pertandingan dimulakan menyaksikan Pasukan MADA sekali lagi menjadi juara manakala MBAS tempat ke Dua dan JKR tempat Ke Tiga. Hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi ketagori ini Pertama RM 2,000.00, Ke Dua RM 1,000.00 dan Ke Tiga RM 750.00.

Menara Tanjong Chali
Gambar dari Kiri YBhg. Datuk Chong Itt Chew,
YB. Dato Seri Chor Cheer Heung Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan
dan ditengah En. Pissal bin Abu, Envi Sdn Bhd dan YB. Dato, Ahmad Bashah
bin Md. Hanifah, Adun Bakar Bata merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri,
Barisan Nasional Negeri Kedah

Bersambung lagi.......

Ceramah 3R & Pertandingan Lagu-Lagu Karaoke

Ceramah 3R dan Pertndingan Lagu-lagu Karaoke Persaorangan pada 30/03/2012 hari Jumaat jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi, bertempat di Pak Tam Cafe & Karaoke, Jabi, Kedah merupakan aktiviti yang terakhir bagi bulan March 2012.


Hadiah Pertandingan


Seramai 48 orang peserta termasok lalaki dan wanita telah menyertainya pertandingan tersebut, Hadiah-hadiah dari tempat pertama hingga ke sepuloh. yang ditawarkan adalah merupakan barang-barang electrik .

En. Pissal sedang memberi ceramah
Urusetia Kopon
Pengunjung

Program ini yang dimulai dengan Caramah 3R oleh En. Pissal bin Abu, Pegawai Jabatan Komunikasi dan Koporat Environment IDAMAN Sdn Bhd.bagi program Pertandingan Lagu-lagu Karaoke diterus sebaik sahaja selesai ceramah 3R.
 
 
Peserta
Puteri Joget
Peserta

 
Walaupun kedudukan Pak Tam Cafe di pendalaman namum begitu sambutan dari penduduk berdekatan dalam program ini diluar dugaan dengan menyaksikan lebih kurang 300 orang yang hadir. Acara yang paling menarik pada malam tersebut salah satunya Cabutan Bertuah, sebanyak 60 hadiah cabutan bertuah disediakan dan salah satunya Misin Basuh yang menjadi idaman setiap pengunjung pada malam tersebut.

Pemenang Pertama hingga Ke Lima
En. Pissal sedang menyampaikan hadiah

Bersambung lagi.....

Thursday, March 29, 2012

Kutipan 3R Di Perlis

Program Kitar Semula di Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis diadakan setiap penghujung bulan hari khamis dan hari ini 29 March 2012 diadakan kutipan 3R di Komplek tersebut dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.



Seperti biasa apabila kaunter dibuka bahagian cleaner mendahului lain-lain Jabatan Kerajaan membawa turun barang-barang kitar semula kemudian diikuti Jabatan-Jabatan Kerajaan dan orang-orang persaorangan.


Barang Persaorangan
Barang dari Jabatan Majlis Keselamatan
Pegawai PPSPPA
Mengangkat barang kitar semula

Buat pertama kali Jabatan Muzium, Negeri Perlis menyertai program ini memandangkan terlalu banyak barang kitar semula yang terkumpul maka sebaik sahaja selesai penimbangan kami terus menuju ke Muzium bersama-sama dengan Pegawai Pemantau dari PPSPPA Negeri Perlis.

Membuat penimbangan
Mengisi borang

Oleh kerana diawal kutipan dibuat di Komplek Jabatan Kerajaan sudah banyak barang telah diisi kedalam lori kami hanya mampu mengambil file-file serta kertas-kertas terpakai setakat 409 kg sahaja dan yang lain-lain termasok meja dan sebagainya akan disambung pada 2 April 2012.


Pegawai PPSPPA sedang menimbang
Mengangkat barang

Keselurohan kutipan pada hari tersebut sebanyak RM 459.15 bayaran dibuat terus oleh En. Pissal Abu Pegawai Jabatan Komunikasi dan Koporat Environment IDAMAN Sdn Bhd  kepada En. Ubaidillah sebagai Pegawai Penyelaras program ini dengan disaksikan oleh En. Mohd. Halim bin Hashim sebagai Pegawai Pemantau dari PPSPPA Negeri Perlis.

Bayaran terus wang kitar semula
Barang-barang kitar semula

Wednesday, March 28, 2012

Kitar Semula di Sek.Kbg.Pdg Perahu

Program Kitar Semula diSekolah Kebangsaan Padang Perahu telah diadakan pada 28 March 2012 hari Isnin dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan Padang Perahu, Kodiang, Jitra kedah.




Program ini telah diadakan sebanyak 4 kali ianya mendapat sambutan yang baik dikalangan Guru-guru, Waris-waris dan Pelajar-pelajar itu sendiri. Sejak dari awal lagi para pelajar mengumpul barang-barang kitar semula yang dibawa dari rumah ke sekolah untuk tujuan kitar semula.





Seperti biasa environment IDAMAN Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Pissal bin Abu, Pegawai Jabatan Komunikasi dan Koporat bersama dengan 3 orang pekerja dan turut dibantu oleh En. Mohd Asrul Azmi, Pegawai Jutera, PPSPPA bersama dengan Cik Intan Diana dan Puan Akma sebagai Pegawai Pemantau dalam program ini.





Setelah ditimbang berat Kertas 950 kg, Botol Plastik 69 kg, Tin Susu 27 kg, Petrapad 1kg, Besi 1 kg dan Tin Alumaniam seberat 1 kg. Jumlah keselurohan sebanyak RM 365.40.



 
Bersambung lagi....

Tuesday, March 27, 2012

Kutipan 3R di SMK Langgar

Setelah sekian lama tidak diadakan Program Kitar Semula hari ini Selasa 27 March 2012 program ini diadakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Tempat Perhimpunan Pagi di Sekolah Menangah Langgar. Pekan Langgar, Alor Setar, Kedah.




Pelajar-pelajar dari pagi sudah mengumpukan barang-barang kitar semula mengikut kelas atau pun persaorangan.  Guru-guru turut ramai membantu pelajar-pelajar dalam program timbang barang-barang kitar semula. Kertas melebihi dari barang-barang yang lain seperti tin, botol plastik dan kotak petrapad.



 
Pejabat, Persatuan, Surau, Kantin Guru-Guru, Kelas dan Persaorangan yang menyertai program ini, diakhir penimbangan Kertas Putih seberat 432.5 kg, Kertas biasa 767 kg manakala Botol Plastik 79 kg, Tin 21.5 kg dan Pertrpad 9 kg jumlah keselurohan sebanyak RM 454.30.



Hasil Jualan Kertas

Bersambung lagi.....

Sunday, March 25, 2012

Kitar Semula di Changkat Jawi

Setelah selesai diadakan Cerama 3R pada 9 March 2012 hari ini 25 March 2012 hari Ahad jam 9.00 pagi diadakan Program mengumpul barang-barang kitar semula bertempat di Tempat Parking, dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Sekolah Changkat Jawi, Kangar, Perlis.




Walau pun hari ini Ahad hari Sekolah bercuti nemum semangat Pelajar-pelajar cukup tinggi dalam program kitar semula, dari awal lagi Guru-guru, waris orang ramai serta pelajar-pelajar membawa barang-barang tersebut dari rumah. 

 



Waris-waris yang prihatin diatas kehendak anak-anak mereka turut bertungkus lumus membawa barang-barang kitar semula dari rumah. Cik Nurul Hidayah bte Ahmad Zamzuri, Penolong Pengarah (HRMIS) Sektor Khidmat Pengerusan dan Pembangunan, Jabatan Pelajaran, Negeri Perlis turut sama-sama terlibat dalam program ini, beliau hadir lebih awal bagi mempastikan progrm yang sulung ini berjalan dengan lancarnya. 

 


 
En. Ruzaini mewakili PPSPPA Perlis juga turut hadir dan beliau bertungkus lumus bersama-sama mengakat dan menimbang barang-barang kitar semula.. Kertas yang paling banyak dikitar semula selain botol plastik dan tin.


Diakhir program En. Pissal abu yang mewakili environment IDAMAN Sdn Bhd menyampaikan wang hasil dari program kitar semula RM 380.20 kepada Cik Nurul Hidayah bte Ahmad Zanzuri dengan disaksikan oleh En. Ruzaini dari PPSPPA Negeri Perlis.


Penyerahan Wang Tunai


Bersambung lagi.....