Temasya Sukan Sungai ke 81 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Ke 84 telah diadakan selama 2 hari mulai 30-31 March 2012 hari Jumaat dan Sabtu bertempat di Tanjong Chali, Alor Setar, Kedah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Temasya Sukan Sungai 2012 kali Ke 81 memberi suntikan semangat kepada Kerajaan Negeri Kedah serta sekaligus menaikan Imej dan Mutu Sukan Negara khususnya di Negeri Kedah ke Peringkat Antarabangsa.
Buat petama kali pertandingan seperti ini dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor.
Perarakan Perahu
Pertandingan kali ini menyaksikan selain penyertaan dari pelbagai kategori Jabatan Kerajaan, Persekutuan, Negeri, Daerah, Pasukan Beruniform, Sektor Koporat, Institusi Pengajian Tinggi, Persatuan juga disertai oleh Pasukan Antarabangsa seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Combodia Thailand dan Malaysia..
Piala Pusingan
Sebaik sahaja keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diatas pentas, Lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan dimainkan oleh pancaragam Polis Di Raja Malaysia.
Pertunjukan sketsa Pasukan Keselamatan Negara menawan Pengkhianat Negara yang meminta wang Tebusan kepada Kerajaan Malaysia, Namum begitu permintaan itu tidak layani maka Pasukan Tentera Malaysia membuat intipan seterusnya menyerang dan dapat menawan pengkianat-pengkianat Negara bagi memulakan Upacara Pembukaan Pertandingan.
Perlumbaan Perahu Naga jemputan Antarabangsa yang menawarkan Piala Pusingan dan Hadiah sumbangan Kerajaan Negeri Kedah mendahului lain-lain ketegori pertandingan, Acara yang menarik seperti yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat perahu panjang dalam kategori antara Jabatan-Jabatan Kerajaan. Jabatan Kerajaan yang memasuki pertandingan akhir antara MADA, MBAS DAN JKR. Akhirnya setelah pertandingan dimulakan menyaksikan Pasukan MADA sekali lagi menjadi juara manakala MBAS tempat ke Dua dan JKR tempat Ke Tiga. Hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi ketagori ini Pertama RM 2,000.00, Ke Dua RM 1,000.00 dan Ke Tiga RM 750.00.
Menara Tanjong Chali
Gambar dari Kiri YBhg. Datuk Chong Itt Chew,
YB. Dato Seri Chor Cheer Heung Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan
dan ditengah En. Pissal bin Abu, Envi Sdn Bhd dan YB. Dato, Ahmad Bashah
bin Md. Hanifah, Adun Bakar Bata merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri,
Barisan Nasional Negeri Kedah
Bersambung lagi.......
No comments:
Post a Comment