Saturday, March 24, 2012

Medan Merusuh

Pada 23hb March 2012 hari Jumaat saya berlepas ke Medan dari Penang manaiki Pesawat AirAsia jam 11.00 pagi Waktu Malaysia dan sampai diPolonia Airport, Medan jam 11.00 pagi Waktu Indonesia, sesampainya saya disana seperti biasa selepas cop pasport saya terus mendapatkan teksi menuju ke GarudaPalaces Hotel Jalan S.M. Raja 31-33, Medan. Indonesia.

Hotel

Hotel ini bertaraaf 4 bintang mempunyai kolam renang serta lain-lain kemudahan seperti GYM, Dewan Mesyuarat Besar, Kecil, Pejabat dan wakil Syarikat Pelancongan serta Penerbangan.  Harga biliknya untuk Deluxe RP 580.000 discount 10% RP 336.400 (RM 118.00).

 
Lobby

Masjid Agung terletak lebih kurang 200 meter dari GarudaPalace Hotel dan bersebelehan Masjid Agung mempunyai Pasaraya YUYI dan disekitaran situ mempunyai banyak Hotel bertaraf 5 bintang.

 
Masjid
Shoping Centre
Selepas selesai urusan saya disana pada 24hb March 2012 semasa dalam perjalanan saya ke Polonia Airport tidak jauh dari situ saya ternampak orang ramai berarak menuju ke Pejabat Walikota dengan membawa Sepandok Kain, Kertas  Bendera Merah, Putih, dan Kuning. Jalan tersebut ditutup untuk lalulintas.

Pasar Ikan
Semua siaran TV menyiarkan gambar rusuhan dimerata-rata tempat di Indonesia membantah niat Kerajaan untuk menaikan BMM (Minyak Petrol dan Diesel) pada 1 April 2012. Dalam siaran TV menunjukan gambar Tentera juga dikerahkan untuk menjagai keselurohan kawasan ISTANA NEGARA supaya tidak dicerobohi oleh penunjuk perasaan.


Jalan S. S. Raja
Semasa saya berada bersama-sama dengan orang ramai di kedai-kedai kopi yang saya masuk semuanya bercakap pasal kenaikan minyak, pada pandangan saya besar kemungkinan rusuhan akan berlaku di seluroh Indonesia menjelang 1 April 2012.

Bersambung lagi.....

No comments:

Post a Comment