Thursday, March 29, 2012

Kutipan 3R Di Perlis

Program Kitar Semula di Komplek Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis diadakan setiap penghujung bulan hari khamis dan hari ini 29 March 2012 diadakan kutipan 3R di Komplek tersebut dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.



Seperti biasa apabila kaunter dibuka bahagian cleaner mendahului lain-lain Jabatan Kerajaan membawa turun barang-barang kitar semula kemudian diikuti Jabatan-Jabatan Kerajaan dan orang-orang persaorangan.


Barang Persaorangan
Barang dari Jabatan Majlis Keselamatan
Pegawai PPSPPA
Mengangkat barang kitar semula

Buat pertama kali Jabatan Muzium, Negeri Perlis menyertai program ini memandangkan terlalu banyak barang kitar semula yang terkumpul maka sebaik sahaja selesai penimbangan kami terus menuju ke Muzium bersama-sama dengan Pegawai Pemantau dari PPSPPA Negeri Perlis.

Membuat penimbangan
Mengisi borang

Oleh kerana diawal kutipan dibuat di Komplek Jabatan Kerajaan sudah banyak barang telah diisi kedalam lori kami hanya mampu mengambil file-file serta kertas-kertas terpakai setakat 409 kg sahaja dan yang lain-lain termasok meja dan sebagainya akan disambung pada 2 April 2012.


Pegawai PPSPPA sedang menimbang
Mengangkat barang

Keselurohan kutipan pada hari tersebut sebanyak RM 459.15 bayaran dibuat terus oleh En. Pissal Abu Pegawai Jabatan Komunikasi dan Koporat Environment IDAMAN Sdn Bhd  kepada En. Ubaidillah sebagai Pegawai Penyelaras program ini dengan disaksikan oleh En. Mohd. Halim bin Hashim sebagai Pegawai Pemantau dari PPSPPA Negeri Perlis.

Bayaran terus wang kitar semula
Barang-barang kitar semula

No comments:

Post a Comment