Thursday, July 5, 2012

Medan, Indonesia



Lawatan ke Medan yang ditaja sepenuh oleh Tuan Hj. Ibrahim bin Talib salah seorang ALK kepada seramai 18 orang termasok ALK dan Pegawai-pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah diadakan selama 4 hari 3 malam pada 4-7/07/2012.

LCCT Kuala Lumpur
En. Pissal bersama Tuan Hj. Ibrahim

Lawatan ini diadakan setelah selesai Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad pada 30/06/2012 di Dewan Besar tingkat 7, Menara Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Rumah Makan Famili (Hotel Ibunda)
Pemandu Pelancong

Hari pertama sampai di Medan dari Kuala Lumpur jam 8.30 pagi, 3 buah Van sedia menanti ketibaan kami semua kemudian kami dibawa terus ke Ibunda Hotel yang terletak diJl. S.M. Raja No. 33 Medan. 

Taklimat oleh En. Pissal Abu selaku Ketua Rombongan mengenai aturcara selama 4 hari 3 malam sebaik sahaja selepas makan tengahari di Rumah Makan Famili tuan punya hotel tersebut. Acara untuk hari ini 4/7/2012 adalah bebas maka ramai sebahagian dari mereka tidak membuang masa selepas checkin mereka terus menaiki teksi menuju ke Pasar Ikan tempat Pusat Membeli Belah yang terletak tidak jauh dari hotel Ibunda.

Pasar Ikan

Disebelah malam semua peserta dibawa makan malam disebuah restoran besar yang terletak di bersebelahan Pasaraya Yuki dan Masjid Agung, Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari setiap Daerah yang ada di Medan.

Makan Malam
Makan Malam
Gambar Medan

No comments:

Post a Comment