Wednesday, October 17, 2012

Berehat di Surabaya

Pada malam 16/10/2012 saya bertolak dari Alor Setar ke Kuala Lumpur menaiki AirAsia pada jam 9.30 malam dan sampai di LCCT Kuala Lumpur jam 10.30 malam. Sampai di LCCT seperti biasa melihat blog dan movie melalui internet sementara menunggu jam 6.00 pagi untuk chekin penerbangan ke Surabaya.

Alor Setar Airport
Pesawat AirAsia

Kali ini saya memilih ke Surabaya untuk berehat selama 4 hari 3 malam mulai pada 17/10/2012 - 20/10/2012. Penerbangan selama 2 jam 20 minit dari Kuala Lumpur menuju Surabaya menaiki AirAsia dengan harga RM 106.00 pergi balik tempahan 6 bulan yang lalu.

LCCT Airport
Menunggu Penerbangan

Jam 10.30 (WIB) 11.30 (WM) kapal terbang yang saya naiki telah mendarat di Bandar Udara International Juanda (Airportnya besar) selepas cop pasport saya terus menuju keluar dengan orang ramai sedang menunggu sanak saudara saya terus ke kaunter taksi. Harga teksi dari airport menuju ke Bandar telah ditetapkan sebanyak Rp 90.000 (RM 28.00).

Airport Bandara International, Surabaya
Teksi Airport

Pemandu teksi dalam perjalanan menuju ke Hotel setelah mendengar perbualan dan dia tahu yang kita ini adalah pelancong terus dia berpura-pura bertanyakan Bapa tahu di manakah hotel itu, jawab saya sepatutnya Bapa lebih tahu kerana bapa orang sini, sekali lagi saya beritahu Citihub Hotel Jalan Panglima Sudirman lantas beliau berpura-pura menalipon ka Syarikatnya bertanyakan tempat tersebut.

Hotel Budget
Citihub Hotel

Akhirnya saya pun sampai di Citihub Hotel (Budget Hotel) disambut oleh pekerja hotel dan saya bertanya Kerani kaunter apakah masih ada kamar kosong jawabnya ada dan dia bertanya apakah sebelum ini bapa sudah booking kamarnya. Jawabnya tidak dan beliau memaklumkan kamar hanya tinggal 1 sahaja kosong dengan kadar Rp 285.000 (RM 92.00) jadi saya terus booking untuk 3 malam.

Checkin diKaunter Hotel

Setelah didaftar saya dapat bilik No. 404 ditingkat 4, biilknya cantik seakan-akan Tune Hotel tetapi besar sedikit dari Tune Hotel. Selepas berehat, mandi dan solat saya terus keluar dari hotel berjalan-jalan mencari kedai makan, tidak jauh dari hotel lebih kurang 400 meter saya jumpa Restoran Dapur Desa, apabila menuju masuk ke restoran tersebut pintu cermin dibuka dan saya disambut oleh pelayan yang sedia mununggu kedatangan pelangganya. 

Restoran
Pelbagai Jenis Lauk

Masakan direstoran ini sesuai dengan selera kita orang-orang malaysia, setelah saya memilih beberapa jenisan lauk-lauknya, setelah dihidangkan dan di makan aduhhhh sedapnya apatah lagi ikan bakar panas-panas dengan sambalnya. Harga berpatutan ialah kena pada menunya tidak mahal hanya Rp 145.000 (RM 49.00) sahaja.

Makan Tengahari
Sedang menjamu selera

Selepas makan saya terus berjalan-jalan mengikut langkah kaki kemana sahaja untuk melihat pemandangan di sekeliling serta dapat melihat aktiviti-aktiviti masyarakat disana. Peliknya di Bandara ini tidak mempunyai Teksi motor seperti dilain-lain bandar hanya ada beca kayuh itu pun hanya kawasan-kawasan tertentu sahaja. Keadaan lalulintas amat teruk sekali apabila waktu pulang dari pejabat oleh kakitangan kerajaan, kebanyakan penunggang motorsikal tidak ikut peraturan lalulintas yang menyebabkan ianya menjadi sesak.

Sebahagian Jalan Raya

No comments:

Post a Comment