Friday, October 19, 2012

Kg. Besar 500, Surabaya

Di Celah-celah bangunan tinggi dalam keadaan kesibukan Bandara Junanda saya melawat Kampong Besar 500 yang terletak di Jalan Thompson kedudukannya dalam bandar tidak jauh dari hotel penginapan saya, Penduduk disini 97 % beragama Islam.

Kg. Besar 500
Jalan Luar Kg. Besar 500

Size rumah-rumah disini tidak besar ianya mempunyai seramai 650 keluarga serta 10 buah surau didalam perkampungan tersebut. jarak antara satu laluan hanya boleh digunakan motorsikal sahaja. Aktiviti penduduk disitu kebanyakan berniaga dan jika ada apa-apa  program sama ada kenduri perkahwinan atau program agama kesemuanya diadakan di surau kerana kawasanya luas.

Salah 1 laluan Kg. Besar 500
Salah 1 Surau

Aktiviti perniagaan boleh dikatakan selang beberapa rumah sahaja ianya mempunyai perniagaan sendiri dihadapan rumah mereka sesetengah ada kedai internet walau pun rumah tidak sebesar mana. Disepanjang Jalan Thompson kiri kanan diwaktu malam mulai disebelah petang ramai penduduk disitu keluar berniaga setiap hari sehingga ke jam 3.00 pagi.


Pelbagai jenis jualan

Para pelancong dan orang tempatan banyak yang datang kesini untuk membeli belah kerana harganya jauh lebih murah dari harga-harga yang ada di jual dikedai-kedai sekitar Bandara tersebut. Apa pun harga permulaan tinggi tapi kita kena pandai menawarnya la.

No comments:

Post a Comment