Hari ke 2 18/10/2012 jam 9.00 pagi saya mula berjalan-jalan dari hotel menuju ke arah selatan bandar tersebut berjumpa Bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah tempat berlangsungnya Persidangan dan terus kehadapan Bangunan Wali Kota Bandara Juanda, Surabaya.
Banguna Dewan Perwakilan Rakyat
Bangunan Wali Kota Bandara Juanda, Surabaya
Kira-kira lebih kurang 1 km dari situ terdapat Gedung Pusat membeli belah terbesar yang dinamakan Grand City yang menempatkan Pusat Konvensyen dan Pameran. Sebaik sahaja saya melewati disitu saya terus berjalan lagi sehingga berjumpa Stesyen Keretapi tertua yang dinamakan Surabaya Gubeng ianya masih aktif dan ramai masih mengunakanya.
Grang City
Pusat Konvensyen
Disekitar Stesyen itu selain dari rumah-rumah penduduk terdapat beberapa buah hotel besar dan kecil ada disitu, Aktiviti di stesyen tersebut dalam urusan urusniaga cukup menarik dengan ramainya peniaga-peniaga dari kampong membawa pelbagai jenis hasil ternakan, sayuran dan buah-buahan untuk jualan disitu.
Stesyen Keretapi
Tengahari saya masuk ke Ranch Market pada hemat saya ianya market rupa-rupanya di tingkat bawah supermarket dan tingkat 1 Food Court yang melambangkan rumah-rumah kedai lama dengan dihiaskan bermacam-macam sehingga menampakan seperti Bangunan lama. Pelbagai jenis makanan ala Japan, Korea disediakan untuk orang ramai.
No comments:
Post a Comment