Sunday, December 16, 2012

MBJ Kluang di Alor Setar

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Majlis Perbandaran Kluang telah dia adakan di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, pada 14/12/2012 hari Jumaat jam 8.30 pagi di No. 22B Rumah Kedai Taman Anggerik, Off Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah.

Pejabat Kopererasi KOSPETA Alor Setar
Mesyuarat MBJ

Sebaik sahaja selesai mesyuarat rombongan dari Kluang ini di bawa bersarapan pagi di Nasi Royale di Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian ke airport hantar YDP Majlis Perbandaran Kluang balik ke Kuala Lumpur dengan manaiki penerbangan Mas, kemudian kami membawa rombongan ini masuk ke Danok, Thailand untuk selama 3 hari 2 malam.

Pintu Masuk Danok
IPD Hotel


Sampai di Danok selepas cop pasport rombongan mereka di bawa checkin di IPD Hotel, harga bilik tidak mahal hanya RM 40.00 satu malam. Selepas checkin mereka berehat dan ada yang turut kami ke masjid untuk sembahyang jumaat.

Masjid

Jam 2.45 petang semuanya sudah tunggu di lobby seperti yang diarahkan kemudian kami menaiki Van Siam dengan harga RM 6.00 seorang ke Hatyai untuk ke Pasar membeli belah, sejam lebih kurang kami sampai ditempat yang ditujukan, mula-mula kami naik ke tingkat 3 Pasar untuk makan tengahari yang seronoknya ada yang memilih kimsong ikan puyu kuahnya seperti kuah pinang jadi mereka sauk kuah dengan banyak, nak tergelak (Ketawa) bila saja mereka menyuap nasi ke mulut ada yang bangun lari muntah dan ada terus minum air kerana tersangat pedas. masing-masing pakat ketawa.

Pasar Hatyai
Van Siam

Bila mai time shoping apa lagi kami-kami lelaki yang tak shoping tunggu aja la hai mengeluh juga la kami geng lalaki maklumlah perempuan katakan inilah masanya untuk mereka bershoping mai pula jauh dari Kluang, Johor katakan.

Membeli belah di Hatyai
Motor OKU 

Kesokannya kami checkout awal jam 8.00 pagi terus balik ke Alor Setar. Sampai di Alor Setar kami membawa rombongan ini ke Kuala Kedah bersaraapan pagi dengan Nasi Gulai Ikan Temenong (Ikan Kembong) panas-panas, selepas makan kami membawa mereka shoping di Pekan Rabu pendek kata kalau mai di Alor Setar kalau tak singgah Pekan Rabu jawabnya tak sah laaaaaaa.


Akhirnya kami semua sampai di Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air untuk mengambil Van mereka dan terus rombongan tersebut berlepas balik ke Destinasi Kluang, Johor jam 12.00 tengahari.

Parking dalam Pejabat MBAS

2 comments:

  1. en pissal ... bleh tanya kat mana naik motor oku tu... saya berminat nak beli untuk anak buah saya.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. en pissal ... bleh tanya kat mana naik motor oku tu... saya berminat nak beli untuk anak buah saya.. terima kasih

    ReplyDelete