Seminar Sehari bagi Zon Timur anjuran JK Pendidikan, Penyelidikan, dan Penerbitan (3P) Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama ANULAE Kelantan telah diadakan pada 08/12/2012 hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari bertempat di Dewan Kenanga, Tingkat 1, Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan.
En. Pissal Abu bersama En. Azih Muda
Program Seminar , Kursus, Dailog yang disusun atur mengikut Zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah dapat berjalan seperti yang dirancangkan. Seminar ini dihadiri oleh seramai 80 orang peserta dari seluroh PBT Negeri Kelantan dan Besut, Trengganu.
En. Muhamad Saad Pengacara Majlis
Pengerusi majlis En. Muhamad Saad memulakan program dengan menjemput Tuan Hj. Ismail wakil dari Majlis Daerah Pasir Puteh membaca doa dan diikuti dengan Ucapan En. Pissal bin Abu selaku Pengerusi 3P, merangkap Penolong Setiausaha Koperasi.
Ucapan Pengerusi 3P
Ceramah disampaikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad merangkap Presiden ANULAE Semenanjung Malaysia dan juga Timbalan Presiden Cuepacs Malaysia. Tajuk yang disampaikan adalah Keistimewaan Menjadi Anggota Koperasi dan juga menyentuh mengenai Tunttutan Semasa Cuepacs bagi Pekerja-Pekerja Sektor Awam khususnya Pekerja di PBT.
Peserta Seminar
Ucapan Pengerusi Koperasi
Selesai sahaja sessi pertama majlis berhenti rehat selama 30 minit untuk minum pagi kemudian disambung semula dengan Sessi Dailog yang melibatkan kesemua Lembaga (ALK). Sessi ini mendapat sambutan yang baik ramai yang mengambil bahagian menayakan perbagai soalan. Setiap soalan dijawab oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha membuat semua peserta memahami dan merasa puas hati, majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.
Ahli Lembaga Koperasi
Jamuan Makan Tengahari
Jamuan makan tengahari disediakan kepada semua peserta-peserta yang hadir.
Petang jam 2.45 disambung dengan Mesyuarat JK Pendidikan, Penyelidikan dan Penerbitan (3P) yang dipengerusikan oleh En. Pissal bin Abu kemudian diteruskan dengan Mesyuarat JK Urusniaga & Pelaburan di pengerusikan oleh En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi bersama dengan Mesyuarat Pembiayaan Kredit. Selesai ketiga maesyuarat disambung lagi dengan Mesyuarat Lembaga Khas. Mesyuarat berakhir pada jam 8.00 malam.
Mesyuarat (3P)
Mesyuarat Lembaga Khas
No comments:
Post a Comment