Sunday, June 30, 2013

Pertandingan Dangdut

Pertandingan Karaoke Lagu-lagu Dangdut anjuran APK Hijrah Enterprise telah berjaya dan mendapat sambutan dari orang ramai yang diadakan pada 30 Jun 2013 jam 9.00 malam di Mi Karaoke & Restoran, Padang Garam, Tepi Laut, Kuala Kedah.

En. Pissal Abu sedang memberi ucapan

Seramai 40 orang peserta menyertai pertandingan ini, Lagu-lagu yang di syaratkan berentak irama dangdut dan kesemua 40 orang masing-masing telah berjaya mendendangkan irama tersebut. Hadiah-hadiah yang ditawarkan merupakan barangan electrik dari tempat pertama hingga kesepuloh, sementara itu semua peserta yang mengambil bahagian diberi hadiah penyertaan.

Hadiah Pertandingan
Pengadil
Sebahagian dari Pengunjung dalam restoran
Sebahagin Pengunjung dari luar restoran

Hadiah sampingan yang paling menarik untuk tempat pertama hingga ke tiga iaitu tiket penerbangan dari Penang ke Medan serta Penginapan 2 malam disana. Sah laku voucer itu diberi tempoh selama 3 bulan dari tarikh malam pertandingan.

Sumbangan untuk Tuan Restoran En. Azmi
Pengadil Pertandingan
Pengadil Pakaian dan Persembahan

Pengurus APK Hijrah Enterprise En. Pissal bin Abu selaku penganjur telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang-pemenang dan sumbangan wang tunai sebanyak RM 400.00 hasil dari pendapatan penyertaan RM 10.00 setiap seorang diberi kepada tuan punya restoran pada malam tersebut.

Juara Pn. Norazian
Naib Juara Pn. Saritha
Ketiga En. Man Putra
Peserta dari tempat Pertama hingga ke Lima
Peserta dari tempat ke Enam hingga ke Sepuloh

Juara Pertandingan Lagu-lagu Dangdut Puan Norazian bte Hamid peserta ke 28 mendapat Periok Nasi saiz 5 kilo serta Tiket Penerbangan, tempat ke dua peserta ke 26 oleh Pn.Saritha bte Shaidan mendapat Oven dan Tiket Penerbangan manakala En Man Putra peserta ke 32 mendapat Blender serta Tiket Penerbangan.

Penari kumpulan terbaik lelaki
Penari kumpulan terbaik perempuan

Bagi ketegori Pakaian terbaik Lelaki jatuh kepada En. Man Putra, manakala Perempuan Pn Abby, Ketegori Persembahan terbaik Lelaki jatuh kepada En. Shukur manakala Perempuan Pn. Saritha. Hadiah Penari Kumpulan terbaik Lelaki jatuh kepada Shon n Geng manakala Perempuan Norazian n Geng, Penari Persaorangan Lelaki terbaik En. Dan manakala Perempuan jatuh kepada Pn. Zuraini

Peserta
Peserta
Peserta
Peserta
Peserta

Pihak Penganjur juga ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada orang ramai serta peserta yang tidak dapat kerusi menyaksikan pertandingan tersebut walaupun diperingkat awal kerusi disediakan untuk peserta namun orang terlalu ramai tidak dapat dikawal.

Tuesday, June 25, 2013

Pedas Linggi, Negeri Sembilan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah membeli Tanah seluas 30 ekar di Lot 2714, Mukim Kundor, Daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Rumah Kedai

Sebahagian Pokok Durian

Lawatan dan tinjauan yang dibuat pada 25/06/2013 ditapak kawasan tersebut seluas 30 ekar didapati banyak pokok durian telah menghasilkan buah yang banyak boleh dikatakan setiap pokok berbuah sebanyak 20 ke 30 biji setiap pokok.

Salah 1 pokok durian buah yang banyak

Selain dari durian buah rambutan masih berputik manakala buah manggis sedang memasak dan petai baru mengeluarkan bunga ianya tidak termasuk buah langsat dan dokong. Semasa pemamtauan dibuat didapati banyak buah-buah yang belum masak luroh ke bawah akibat perbuatan tupai dan sebagainya.

Dibawah pokok durian
Makan Durian

Pihak Koperasi telah memberi mandat kepada tuan punya kedai makanan di hadapan pintu pagar tanah tersebut menjaga, mengawasi serta membersih tanah tersebut dan keuntungan penjualan buah-buah tersebut diberi sama rata.

Buah Durian
Buah Manggis

Monday, June 24, 2013

Tg. Balai Karimun

Sebaik sahaja selesai Mesyuarat Persidangan Tahunan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad saya bersama lebih kurang 10 orang mengambil peluang pergi ke Kukup Pontian menaiki Feri ke Tanjung Balai Karimun, Indonesia pada 23/06/2013.

Jeti Kukup, Pontian

Perjalan dari Muar ke Kukup Pontian memakan masa selama 2 jam dan feri terakhir jam 5 petang dari Jeti Kukup ke Tg. Balai Karimun, kami sampai di Jeti Tg. Balai lebih kurang jam 6.10 petang waktu Malaysia disambut oleh Kakitangan Hotel Paragon.

Jeti Tg. Balai Karimun

Selesai checkin kami masuk ke bilik mandi dan solat selepas itu disebelah malam kami berkumpul di lobby untuk pergi ke Pasar Malam untuk makan malam. DiPasar malam ini menjual pelbagai jenis makanan serta jualan lain-lain barang.

Checkin

Pada 25/06/2013 jam 11.00 pagi kami bertolak balik dari Tg. Balai Karimun dan sampai di Jeti Kukup Pontian, Johor jam 12.10 tengahari, sebelum kami pulang kami terlebih dahulu makan tengahari di kedai Asam Pedas disalah satu restoran yang ada disitu.

Pasar Malam
Rumah Makan Padang Jaya

Sunday, June 23, 2013

Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 31

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 31 pada 23/06/2013 Ahad bertempat di Dewan Banquet Tingkat 7, Hotel Pelanggi, Muar, Johor Darul Takzim.


Seramai 85 orang Perwakilan 12 Lembaga Pengarah dan 3 Juruodit Dalaman hadir manakala Pengurus dan Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan seramai 18 orang turut hadir didalam Persidangan Tahunan ini. Audit Luar dan Pegawai SKM juga turut hadir. Semua perwakilan dibekalkan 2 helai baju, Beg Persidangan serta Elaun Mesyuarat RM 300.00 setiap seorang.

Pendaftaran peserta
Ketibaan YAB. Tuan Hj. Ismail Mohamed
Jamuan Pagi

Persidangan ini dirasmikan oleh YAB. Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor Darul Takzim. Kehadirin beliau disambut oleh En. Azih Muda Pengerrusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama dengan barisan Ahli-ahli Lembaga.

Ucapan En. Azih bin Muda, Pengerusi
Ucapan YAB. Tuan Hj Ismail Mohamed
Barisan Lembaga Pengarah
Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA dan Kakitangan
Penyampaian Cederahati



Majlis Perasmian bermula pada jam 9.30 pagi manakala Mesyuarat Agung Perwakilan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.50 tengahari, semua perwakilan dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

Barisan Ahli Lembaga
Sebahagian dari Perwakilan
Keselurohan Perwakilan

Sebelum itu pada 22/06/2013 jam 9.00 malam Tuan Yang DiPertua, Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar telah sudi hadir meraikan para perwakilan ke satu majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Perbandaran Muar bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Muar untuk semua perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Muar.

Ketibaan Tuan Yang DiPertua 
Meja VIP
Sebahagian dari Perwakilan
Kiosk Mee Bandung
Kiosk Satay
Sebanyak 4 Kiosk

Para Perwakilan berpuas hati sambutan yang diberikan serta dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan untuk para perwakilan, Persembahan Nyanyian Karaoke oleh penyanyi tempatan menambahkan seri majlis pada malam tersebut dan para perwakilan juga turut mendendangkan lagu.

Cabutan Bertuah
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad