Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke 31 pada 23/06/2013 Ahad bertempat di Dewan Banquet Tingkat 7, Hotel Pelanggi, Muar, Johor Darul Takzim.
Seramai 85 orang Perwakilan 12 Lembaga Pengarah dan 3 Juruodit Dalaman hadir manakala Pengurus dan Pegawai-Pegawai Kanan serta Kakitangan seramai 18 orang turut hadir didalam Persidangan Tahunan ini. Audit Luar dan Pegawai SKM juga turut hadir. Semua perwakilan dibekalkan 2 helai baju, Beg Persidangan serta Elaun Mesyuarat RM 300.00 setiap seorang.
Pendaftaran peserta
Ketibaan YAB. Tuan Hj. Ismail Mohamed
Jamuan Pagi
Persidangan ini dirasmikan oleh YAB. Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani Negeri Johor Darul Takzim. Kehadirin beliau disambut oleh En. Azih Muda Pengerrusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad bersama dengan barisan Ahli-ahli Lembaga.
Ucapan En. Azih bin Muda, Pengerusi
Ucapan YAB. Tuan Hj Ismail Mohamed
Barisan Lembaga Pengarah
Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA dan Kakitangan
Penyampaian Cederahati
Majlis Perasmian bermula pada jam 9.30 pagi manakala Mesyuarat Agung Perwakilan bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.50 tengahari, semua perwakilan dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.
Barisan Ahli Lembaga
Sebahagian dari Perwakilan
Keselurohan Perwakilan
Sebelum itu pada 22/06/2013 jam 9.00 malam Tuan Yang DiPertua, Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar telah sudi hadir meraikan para perwakilan ke satu majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Perbandaran Muar bersama Pengerusi dan Jawatankuasa Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad Kawasan Muar untuk semua perwakilan di Dewan Majlis Perbandaran Muar.
Ketibaan Tuan Yang DiPertua
Meja VIP
Sebahagian dari Perwakilan
Kiosk Mee Bandung
Kiosk Satay
Sebanyak 4 Kiosk
Para Perwakilan berpuas hati sambutan yang diberikan serta dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan untuk para perwakilan, Persembahan Nyanyian Karaoke oleh penyanyi tempatan menambahkan seri majlis pada malam tersebut dan para perwakilan juga turut mendendangkan lagu.
Cabutan Bertuah
Kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
No comments:
Post a Comment