Saturday, June 22, 2013

Persidangan Kebangsaan Tahunan ke 29

Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA ke 29 dan Majlis Perasmianya  telah diadakan pada 22/06/2013, Sabtu bersamaan 13 Syaaban 1434H bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.


En. Azih Muda Wakil KOSPETA Malaysia Berhad

Pendaftaran untuk Perwakilan di buka sejak petang semalam di Dewan Tun Razak 4 dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam dan pagi ini pada jam 8.00 pagi untuk kemudahan para perwakilan.

En. Pissal Abu Wakil KOSPETA Malaysia Berhad

YB. Dato' Hassan Malek Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengunaan telah hadir merasmikanya, seramai 542 orang perwakilan dari seluroh negara hadir di dalam persidangan ini. Semua perwakilan di bekalkan Beg, Baju dan Elaun Mesyuarat RM 300.00 setiap seorang.

YB. Dato' Hassan Malek sedang berucap
Sebahagian dari Perwakilan

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad juga turut serta dalam persidangan ini dengan menghantar seramai 2 orang wakil En. Azih bin Muda, Pengerusi manakala En. Pissal bin Abu Ahli Lembaga merangkap Penolong Setiausaha.

Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Sebahagian dari Perwakilan

Persidangan kali ini menyaksikan pertandingan  Presiden 4 orang calon manakala Naib Presiden ANGKASA seramai 5 orang, tokoh terkenal seperti  Dato' Jamal Abdullah dan Dato' Abdul Fattah Abdullah merebut jawatan Presiden manakala bagi jawatan Naib Presiden menyaksikan 5 calon tokoh terkenal Dato' Mohamed Farid dan Tan Sri Ali AlimudinHj. Mohd. Dom.

En. Azih Muda dalam kotak mengundi
En. Pissal Abu menyerah kertas undi

Persidangan bermula sebaik sahaja selepas majlis perasmian pada jam 10.30 pagi dan berhenti berehat selepas semua perwakilan selesai mengundi makan tengahari dan bersambung semula pada jam 2.00 petang berakhir pada jam 4.00 petang.

Jamuan makan tengahari

No comments:

Post a Comment