Monday, June 10, 2013

Gtg. Royong Cuci Sangkar

Program gotong royong membersih sangkar ikan air tawar hak kepunyaan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah di jalankan selama 2 hari pada 10-11/06/2013 bertempat di Tebing Kota Klasik, Jalan Bota Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Sangkar Ikan

Gotong royong dijalankan bagi tujuan membersih jaring-jaring serta membuang rumput-rumput serta pokok tembeling yang banyak didalam sangkar, Sebaik sahaja selesai dijalankan pembersihan, Sangkar tersebut akan dimasukan Ikan-ikan baru iaitu Talapia, Patin dan Keli.

Membuang Tali Jaring
En. Pissal Pen. Setiausaha
En. Abd. Rahman ALK dgn Kakitangan
En. Khairul Pengurus Koperasi

Seramai 6 orang terdiri daripada Setiausaha, 2 orang Lembaga, Pengurus dan 2 kakitangan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad turut turun padang mencuci dan membersihkan sangkar tersebut selama 2 hari mulai 10/06/2013 berakhir pada petang 11/06/2013.

Lembaga bersama Kakitangan
Membersih Sangkar

No comments:

Post a Comment