Friday, August 30, 2013

KOSPETA Berhari Raya

Seperti biasa setiap tahun Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad mengadakan rumah terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini pada 30/08/2013 jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang di Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Batu Cave, Kuala Lumpur.

Ucapan selamat hari raya didinding
ALK dan Wakil Syarikat sedang menikmati jamuan
Tetamu
Melayani tetamu
Pekerja Syarikat KVK
Kakitangan ANULAE
Jamuan Hari Raya

Ramai juga tetamu termasok dari Bank, Syarikat Persaorangan terutama yang berurusan dengan Koperasi hadir di rumah terbuka ini. Pekerja-pekerja bertungkus lumus membuat persiapan bagi menyambut para tetamu yang datang.

Sebahagian dari Kakitangan
Beridang untuk tetamu
Pengerusi bersama Kakitangan
Pen.Setiausaha bersama Kakitangan
Persiapan Jamuan

Disebelah pagi satu perjumpaan diantara Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipengerusikan oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi dengan Juruodit Dalaman (JAD) di tingkat 3, Dewan Zainal Abidin Pejabat Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad, Batu Cave Kuala Lumpur.

Perjumpaan dengan Juruodit

Dituruti dengan mesyuarat kredit bagi meluluskan segala jenis pinjaman yang dipohon oleh anggota-anggota Koperasi sebaik sahaja selepas bercuti menyambut hari raya baru-baru ini.

Mesyuarat Kredit
Mesy. Kredit

Monday, August 26, 2013

Medan Airport Baru

TAHNIAH kepada Pemerintah Indonesia khususnya di Medan kerana telah berjaya memindahkan Polonia International Airport lama dengan Membina Komplek Bandara International Kuala Namu Airport yang baru besar dan cantik disuatu kawasan luar dari Kota Medan.


Kunjungan saya baru-baru ini ke Medan menaiki pesawat AirAsia dari Penang pada 24-26/08/2013 telah mendarat di Bandara International Kuala Namu yang baru berfungsi sebulan yang lalu, Airport ini amat besar sesuai dengan keperluan semasa yang disediakan oleh Kerajaan khas untuk rakyat Medan.



Ciri-ciri dalaman bentuk dan reka susun sedikit sebanyak menyerupakan KLIA ianya setinggi 3 tingkat membedzakan antara Kedatangan Penumpang dan Perlepasan Penumpang, Pegawai-pegawai keselamatan di letak di pelbagai sudut bagi mempastikan semua pelanggan dalam keadaan selamat dan selesa.



Beberapa kemudahan awam yang disediakan seperti Keretapi Laju, Teksi dan Bas Pengangkutan Awam disudut-sudut berasingan di komplek tersebut. Dari Airport nak ke Kota Medan jaraknya 35 KM disini kita boleh buat pilihan sama ada menaiki Keretapi, Teksi atau Bas.


Seperti biasa saya ke kaunter teksi mendapatkan teksi bila ditanya berapa harganya kaunter beritahu Rp 130,000 ke Rp 150,000 ikut kesesakan lalulintas ia memakan masa selama 1 jam perjalanan. Saya setuju mengambil sebuah teksi, memang betul perjalanannya amat sesak sekali ianya memakan masa lebih 1 jam 30 minit dan mengikut meter jumlah kena bayar Rp 160,000.


Dalam perjalanan balik dari Kota Medan ke Airport saya menaiki keretapi laju yang seiiras serupa seperti keretapi laju Kuala Lumpur yang memakan masa perjalanan hanya 35 minit sahaja dari Kota Medan ke Airport dengan kadar harga Rp 60,000 sahaja cukup murah bagi persaorangan, jika 3 atau 4 orang lebih baik menaiki teksi.



Sekali lagi diucapkan TAHNIAH pada Pemerintah Indonesia yang peka kehendak Rakyat antarabangsa dan tempatan.

Saturday, August 24, 2013

Hari Koperasi Negara 2013

Hari Koperasi Negara Tahun 2013 yang diadakan selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai acara disambut meriah pada 23-25/08/2013 bertempat di Dataran Darul Aman, Jitra Kedah.


Pintu Masuk
Di Hadapan Gerai SKM
Orang ramai penoh sesak

Pelbagai acara diadakan termasok Ceramah Perdana oleh Ustaz Kassim, Pameran-pameran yang disertai oleh sebanyak 30 buah Koperasi dari Semananjung termasok Sabah dan Serawak yang menyertai dalam mempamerkan keluaran barangan Koperasi masing-masing.

Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri
Nyanyian Lagu Negara Ku
Barisan VIP
Sebahagian dari Yang Hadir
Orang ramai yang didalam khemah

Hari Koperasi Negara Tahun 2013 dirasmikan oleh YAB. Tan Sri Muhddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri dan dihadiri ramai Menteri-Menteri Kabinet termasok Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri diperingkat Perseketuan dan Negeri.

Ucapan YAB Timbalan Perdana Menteri
Ucapan Menteri Koperasi 
Pasukan Koir SKM
Tokoh Koperasi 2013 YAB Dato' Sanusi Junid

Keselurohan 3,000 buah Koperasi masing-masing menghantar wakil-wakil mereka dengan manaiki Bas dan berkereta sendiri, kehadziran dihari itu dianggarkan lebih dari 100 ribu orang yang menyaksikan banyaknya Bas berparking disitu.

Menunggu ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri
Bergambar dengan Dato' Shahidan Kassim
Orang ramai berehat

Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah menghantar 4 orang wakil diketuai oleh En. Azih bin Muda selaku Pengerusi, En.Ramli bin Kalil Bendahari Koperasi, En. Pissal bin Abu, Penolong Setiausaha dan En. Adnan bin Mat selaku Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Wakil Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad
Bersama Pegawai SKM
Bersama Presiden ANGKASA Dato' Fatah

Friday, August 23, 2013

Bengkel Hala Tuju Koperasi

Jawatankuasa Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan dan Hal Ehwal Wanita Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad telah berjaya mengadakan Bengkel Hala Tuju 2013 pada 20-23/08/2013 selama 4 hari 3 malam di Hotel Grand Contental, Kuah Langkawi, Kedah.

Ceo KOSMA
Dato Hj. Md. Reejab sedang memberi Ceramah
Sebahagian dari ALK

Bengkel selama 4 hari dihadiri oleh seramai 10 orang Ahli Lembaga Koperasi dan Pegawai Kanan Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad. Sebanyak 2 kertas kerja dari 2 orang penceramah dihari pertama dan hari ketiga dibentangkan terdiri daripada CEO Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) dan Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah. 

En. Azih bin Muda Pengerusi Koperasi KOSPETA
Membincang Pelan Strategik
En.Pissal Abu Pengerusi 3P

Pengerusi Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad En. Azih bin Muda telah mempengerusikan Program Pelan Startegik berbentuk perbincangan Bengkel. Sebelum itu dihari pertama sebelah pagi diadakan Mesyuarat Pendidikan, Penyelidikan, Penerbitan dan Hal Ehwal Wanita bagi membincang perkara-perkara yang telah berjaya dan tidak berjaya didalam Pelan Strategik.

En. Pissal Abu mempengerusikan mesyuarat
Sebahagian ALK yang hadir

Friday, August 9, 2013

Raya ke 2 di Sg. Petani

Hari ke 2, pada 9/8/2013 setelah melayani tetamu di sebelah pagi lebih kurang jam 3.00 petang kami sekeluarga mula bergerak ke rumah anak perempuan untuk menghadiri majlis sambutan hari raya di rumah anak perempuan kami di Sungai Petani, Kedah.




Untuk perjalanan yang selesa ke sungai Petani saya memilih laluan Lebuhraya Utara Selatan, 2km sebelum sampai dipersimpangan lampu isyarat menuju ke Tol masuk Alor Setar Utara kereta penuh sesak beratur-atur makan masa lebih kurang 30 minit nak masuk ke pintu tol. Begitu juga dilaluan keluar tol nak masuk ke tol Alor Setar Utara didapati banyak kereta berbaris panjang.




Perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani sebelum sebelum ini hanya 30 minit tetapi pada hari tersebut dengan banyaknya kereta di Lebuhraya menjadikan perjalanan tersebut memakan masa selama hampir 1 jam nak sampai ke destinasi.



Disebelah malam selepas solat maghrib tetamu yang dijemput mula datang dengan membawa keluarga masing-masing. Sebaik sahaja jamuan dimulakan, semua yang hadir di jemput makan dengan diiringi riuh rendah suara kanak-kanak sedang bermain bunga api.


Tepat jam 12.00 malam saya serta keluarga mula bergerak balik ke Alor Setar melalui Lebuhraya Utara Selatan dengan masa hanya 35 minit sahaja sampai dirumah walau pun kereta banyak diLebuhraya tetapi pergerakanya berjalan dengan lancar.