Friday, August 9, 2013

Raya ke 2 di Sg. Petani

Hari ke 2, pada 9/8/2013 setelah melayani tetamu di sebelah pagi lebih kurang jam 3.00 petang kami sekeluarga mula bergerak ke rumah anak perempuan untuk menghadiri majlis sambutan hari raya di rumah anak perempuan kami di Sungai Petani, Kedah.




Untuk perjalanan yang selesa ke sungai Petani saya memilih laluan Lebuhraya Utara Selatan, 2km sebelum sampai dipersimpangan lampu isyarat menuju ke Tol masuk Alor Setar Utara kereta penuh sesak beratur-atur makan masa lebih kurang 30 minit nak masuk ke pintu tol. Begitu juga dilaluan keluar tol nak masuk ke tol Alor Setar Utara didapati banyak kereta berbaris panjang.




Perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani sebelum sebelum ini hanya 30 minit tetapi pada hari tersebut dengan banyaknya kereta di Lebuhraya menjadikan perjalanan tersebut memakan masa selama hampir 1 jam nak sampai ke destinasi.



Disebelah malam selepas solat maghrib tetamu yang dijemput mula datang dengan membawa keluarga masing-masing. Sebaik sahaja jamuan dimulakan, semua yang hadir di jemput makan dengan diiringi riuh rendah suara kanak-kanak sedang bermain bunga api.


Tepat jam 12.00 malam saya serta keluarga mula bergerak balik ke Alor Setar melalui Lebuhraya Utara Selatan dengan masa hanya 35 minit sahaja sampai dirumah walau pun kereta banyak diLebuhraya tetapi pergerakanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment