TAHNIAH kepada Pemerintah Indonesia khususnya di Medan kerana telah berjaya memindahkan Polonia International Airport lama dengan Membina Komplek Bandara International Kuala Namu Airport yang baru besar dan cantik disuatu kawasan luar dari Kota Medan.
Kunjungan saya baru-baru ini ke Medan menaiki pesawat AirAsia dari Penang pada 24-26/08/2013 telah mendarat di Bandara International Kuala Namu yang baru berfungsi sebulan yang lalu, Airport ini amat besar sesuai dengan keperluan semasa yang disediakan oleh Kerajaan khas untuk rakyat Medan.
Ciri-ciri dalaman bentuk dan reka susun sedikit sebanyak menyerupakan KLIA ianya setinggi 3 tingkat membedzakan antara Kedatangan Penumpang dan Perlepasan Penumpang, Pegawai-pegawai keselamatan di letak di pelbagai sudut bagi mempastikan semua pelanggan dalam keadaan selamat dan selesa.
Beberapa kemudahan awam yang disediakan seperti Keretapi Laju, Teksi dan Bas Pengangkutan Awam disudut-sudut berasingan di komplek tersebut. Dari Airport nak ke Kota Medan jaraknya 35 KM disini kita boleh buat pilihan sama ada menaiki Keretapi, Teksi atau Bas.
Seperti biasa saya ke kaunter teksi mendapatkan teksi bila ditanya berapa harganya kaunter beritahu Rp 130,000 ke Rp 150,000 ikut kesesakan lalulintas ia memakan masa selama 1 jam perjalanan. Saya setuju mengambil sebuah teksi, memang betul perjalanannya amat sesak sekali ianya memakan masa lebih 1 jam 30 minit dan mengikut meter jumlah kena bayar Rp 160,000.
Dalam perjalanan balik dari Kota Medan ke Airport saya menaiki keretapi laju yang seiiras serupa seperti keretapi laju Kuala Lumpur yang memakan masa perjalanan hanya 35 minit sahaja dari Kota Medan ke Airport dengan kadar harga Rp 60,000 sahaja cukup murah bagi persaorangan, jika 3 atau 4 orang lebih baik menaiki teksi.
Sekali lagi diucapkan TAHNIAH pada Pemerintah Indonesia yang peka kehendak Rakyat antarabangsa dan tempatan.
No comments:
Post a Comment