Sesudah sebulan berpuasa tibalah syawal menjelma, malam yang paling sibuk adalah dimalam Pengumumannya Hari Raya yang jatuh pada 8/8/2013 rata-rata dimasjid selepas solat isya takbir pun bergema, bagi suami-suami sibuk dengan bayaran zakat fitrahnya dan bagi isteri-isteri di rumah sibuk menyiap rumah memasang kain langsir dan menyediakan kueh mueh untuk persiapan terakhir.
Hari Pertama selepas sembahyang Raya seperti biasa la ramai kanak-kanak datang ke rumah dengan memberi salam kemudian tanya duit raya ajak makan tak mau mereka kata nak pergi rumah lain lagi, hai faham saja la kerenah kanak-kanak.
Tahun ini anak2 dirumah masak Nasi Tomato lebih kurang jam 10.30 pagi nampaklah dengan mulanya jiran tetangga datang berhari raya dan selepas itu bergilir-gilirlah kumpulan berkumpulan sering berganti yang datang untuk berhari raya,
Ketika sedang sibuk melayan tetamu ketika itulah datangnya tetamu istimewa yang ditunggu-tunggu, sebaik sahaja turun dari kereta berlari-larilah datang menerpa dengan perkataan Tok Abah, Tok Abah beberapa kali dan Tok Abah terus tangkap peluk dan menciumnya.
No comments:
Post a Comment